Program Pemuliharaan Pesisiran Pantai Bersama Komuniti Warga Peramu Jaya dan Kuala Pahang, Pekan

Program Pemuliharaan Pesisiran Pantai Bersama Komuniti Warga Peramu Jaya dan Kuala Pahang, Pekan

Oleh : Mohammad Aznawi b. Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

Pada 29 April 2018, bersamaan hari Ahad, telah dilaksanakan Program Pemuliharaan Pesisiran Pantai Bersama Komuniti Warga Peramu Jaya dan Kuala Pahang, Pekan, Pahang. Program ini telah dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia dan diketuai oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Darul Makmur sebagai tuan rumah. Program ini diadakan di kawasan tanah lapang pesisir pantai di Kuala Pahang, Pekan.

P4291761

P4291762

Program ini bertujuan mewujudkan satu kawasan lapisan lindungan semulajadi bagi mengelak dan mengurangkan tahap kemusnahan akibat berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti kemudahan infrastruktur, kerosakan harta benda serta kehilangan tanah dsebabkan hakisan pantai.

Bagi program ini, JMG Pahang telah diwakili oleh Pengarah, Dato’ Ir. Azman bin Ab. Majid, Ketua Unit Pengurusan Maklumat, En Mohammad Aznawi bin Hj Mat Awan dan En. Mohammad Sobri bin Borhan, Pegawai Geosains JMG Pahang.

P4291773

Antara pengisian awal yang dibuat sepanjang program ini berlangsung ialah acara senam robik, pertandingan mewarna dan pertandingan swafoto pesisiran pantai. Program bermula seawal 7.30 pagi. Acara pameran turut diadakan, termasuk pameran aktiviti oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Perhilitan yang mempamerkan dua ekor anak gajah sebagai bahan pameran.

P4291778

Upacara perasmian berlangsung pada 11.00 pagi. Program ini dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azizan bin Ahmad. Beliau antara lain menyampaikan ucapan beliau berkenaan kepentingan penanaman pkok bagi mengekalkan eko sistem sedia ada. Selesai ucapan beliau, beliau telah menyampaikan acara simbolik penyerahan pokok-pokok buahan kepada ketua-ketua kampong di sekitar kawasan Kuala Pahang. Beliau seterusnya menyampaikan hadiah pertandingan-pertandingan yang diadakan sepanjang program berlangsung serta cabutan nombor bertuah kepada yang hadir.

P4291769

Program diteruskan dengan acara simbolik menanam pokok-pokok di kawasan tersebut. Datuk Seri Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia telah mengetuai acara penanaman pokok tersebut. Sebanyak lebih kurang 30 batang pokok telah ditanam sebagai simbolik program ini. Para hadirin juga turut diberikan sumbangan secara percuma anak-anak pokok buah-buahan yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan dan Jabatan Pertanian Pahang untuk program ini.

P4291774

Program Pemuliharaan Pesisiran Pantai Bersama Komuniti Warga Peramu Jaya dan Kuala Pahang, Pekan ini ditangguhkan dan berakhir pada pukul 2.00 petang.

 

- sekian –

Written by : aznawi