Program Taklimat Tatacara Perlaksanaan ePerolehan Baharu (Pembelian Terus/Sebutharga/Kontrak Kementerian) JMG Pahang

Program Taklimat Tatacara Perlaksanaan ePerolehan Baharu (Pembelian Terus/Sebutharga/Kontrak Kementerian) JMG Pahang

Oleh : Mohammad Aznawi b. Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

30 April 2018 – Program Taklimat Tatacara Perlaksanaan ePerolehan Baharu (Pembelian Terus/Sebutharga/Kontrak Kementerian) JMG Pahang telah diadakan di Bilik Gipsum, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Pahang. Program ini dianjurkan oleh JMG Pahang dengan kerjasama Commerce Dot Com (CDC), syarikat yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi membangunkan sistem ePerolehan baharu bagi aplikasi berkaitan kewangan jabatan. Syarikat CDC ini beroperasi dari Cyberjaya dan mempunyai cawangan negeri di Indian Town, ECM Kuantan.

Program taklimat diadakan bagi menerangkan berkenaan tatacara perlaksanaan sistem ePerolehan baharu yang berfungsi secara online, yang merangkumi skop pembelian terus, sebutharga dan tender serta arahan bagi kontrak kewangan terbaharu yang dijadualkan akan diguna pakai sepenuhnya bagi sistem kewangan Perbendaharan Malaysia mulai 1 Julai 2018.

Program taklimat ini telah dihadiri oleh seramai 36 peserta dari JMG Pahang yang terdiri dari Pegawai Geosains, Pembantu Geosains, Penolong Juruukur dan Pembantu Tadbir (Operasi dan Kewangan) yang terlibat dalam tatacara perlaksanaan sistem ePerolehan baharu. Pengarah JMG Pahang, YH Dato’ Ir Azman bin Ab. Majid juga turut hadir sepanjang program ini berlangsung.

P4301784

Program taklimat ini bermula pada pukul 9.45 pagi dengan taklimat dan penerangan dari Puan Nor Farzana Amira binti Shamsuddin, pegawai dari pihak CDC. Puan Nor Farzana antara lain telah memberikan taklimat berkaitan objektif, pengenalan, tatacara, faedah, persediaan keperluan sistem dan cabaran yang dijangka dalam sistem ePerolehan baharu ini.. Puan Nor Farzana turut dibantu oleh dua orang lagi pegawai dari CDC yang turut sama iaitu En. Mohd Hafiz bin Ahmad dan En. Mohd Azam bin Arifin. Beberapa persoalan dan pertanyaan telah dibangkitkan oleh kakitangan JMG Pahang yang hadir dan diberikan penerangan yang sebaiknya dari Puan Nor Farzana dan pasukannya. Taklimat ini berlangsung sehingga pukul 1.00 petang.

P4301783

Dato’ Pengarah JMG Pahang dalam ucapan penangguhan beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak CDC yang telah membentangkan sedikit sebanyak maklumat berguna berkaitan sistem ePerolehan yang baharu ini. Beliau menekankan agar semua kakitangan membiasakan diri berkenaan tatacara baharu untuk sistem ini dan berharap taklimat dan penerangan yang diberikan dapat membuahkan hasil kerja yang positif kepada kakitangan JMG Pahang yang terlibat. Beliau seterusnya menyampaikan cenderahati kepada Puan Nor Farzana, En. Mohd Hafiz dan En. Mohd Azam sebagai tanda terima kasih JMG Pahang kepada pihak CDC.

P4301787

P4301789

P4301790

Program taklimat ini ditangguhkan pada 1.30 petang dengan jamuan makan tengahari. Diharapkan Program Taklimat Tatacara Perlaksanaan ePerolehan Baharu ini telah memberikan maklumat berguna dan bermanfaat kepada kakitangan JMG Pahang yang hadir.

- sekian -

Written by : aznawi