Majlis Pelancaran Kajian Air Panas Ulu Slim, Perak

SG.KLAH,TANJONG MALIM 28 FEBRUARI 2014 - Majlis pelancaran telah diadakan pada 28hb Februari 2014 di Felda Residence Hotspring, Sg. Klah, Perak dan telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Yunus Abd. Razak, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Tujuan majlis diadakan ialah untuk mewar-warkan kepada Kerajaan Negeri, pihak berkuasa terlibat dan masyarakat setempat pelaksanaan kajian air panas di Ulu Slim, Perak.

8

Pendaftaran oleh jemputan

 


 Majlis perasmian telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr. Kamaludin b. Hassan selaku Pengerusi Projek dan diikuti ucapan perasmian oleh Ybhg. Dato’ Yunus b. Abd. Razak (Ketua Pengarah JMG Malaysia). Persembahan montaj sebagai gimik perasmian telah menandakan rasminya majlis. Di akhir majlis, tetamu jemputan telah dibawa melawat ke pameran poster berkaitan kajian.

5

Ucapan perasmian oleh Dato' Ketua Pengarah

6

Persembahan montaj pelancaran kajian air panas

7

Sesi melawat poster berkenaan kaijan yang akan dijalankan

Mesyuarat Membincangkan Program Penghijauan Tapak Perusahaan Kuari Di Negeri Perak

UTC PERAK,IPOH 24 APRIL 2014 - Mesyuarat telah diadakan pada 24.01.2014 (Jumaat) jam 9 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, Bangunan UTC  Perak. Agenda mesyuarat ialah perbincangan  program  penghijauan kuari di Perak serta taklimat oleh En. Ramli Osman (PPM) berkenaan Penghijauan.Mesyuarat pada kali ini dihadiri oleh 60 ahli yang terdiri dari:

  • Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia,Perak
  • Pusat Penyelidikan Mineral, JMG Malaysia
  • Pejabat Pengarah Tanah dan Daerah
  • Pejabat Daerah dan Tanah Kinta
  • Majlis Bandaraya Ipoh Perak
  • Persatuan Kuari Negeri Perak
  • Pengusaha-Pengusaha Kuari di Negeri Perak 
Baca selanjutnya