Satu lawatan sambil belajar ke MSC Butterworth telah diadakan oleh kakitangan JMG Malaysia Perak pada 22 hb April 2015. Seramai 29 kakitangan telah menyertai lawatan tersebut. Tn. Pengarah juga telah turut serta dalam lawatan tersebut. Objektif lawatan diadakan adalah sebagai susulan kepada lawatan ke Lombong Rahman Hydraulik. Lawatan ke Lombong Rahman Hydraulik yang telah diadakan sebelum ini adalah bagi melihat sendiri kerja-kerja mengekstrak bijih dari bumi manakala di MSC pula adalah tempat bijih tersebut diproses menjadi jongkong timah.
Program Pendedahan Kepada Risiko Geologi Kawasan Tanah Tinggi
Program Pendedahan Kepada Risiko Geologi Kawasan Tanah Tinggi telah dianjurkan oleh Unit Pengurusan Maklumat dengan kerjasama dari Unit Geosains pada 8 hb September 2015 di Cameron Highlands. Seramai 24 orang terlibat dalam program ini. Objektif utama program diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan JMG Perak berkenaan risiko geologi yang wujud di kawasan tanah tinggi.
Program Pemahaman Kepada Penggerudian Hidrogeologi
Program Pemahaman Kepada Penggerudiaan Hidrogeologi telah dianjurkan oleh Unit Geosains JMG Perak dengan kerjasama dari Unit Pengurusan Maklumat pada 27 hb Ogos 2015. Program ini dilaksanakan di Kg. Kajang Lasah, Sungai Siput, Perak. Objektif utama program ini adalah untuk memberi pemahaman kepada kakitangan dari unit lain tentang kerja penggerudian yang dilaksanakan dalam hidrogeologi. Seramai 14 orang kakitangan telah terlibat dalam program ini.
PERHIMPUNAN BULAN JUN 2015 JMG MALAYSIA, PERAK
Perhimpunan Bulan Jun 2015 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak (JMG Malaysia,
Perak) telah diadakan pada 17 hb Jun 2015 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Granit, JMG
Malaysia, Perak
PERHIMPUNAN BULAN APRIL 2015 JMG MALAYSIA, PERAK
Perhimpunan Bulan April 2015 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak (JMG Malaysia,
Perak) telah diadakan pada 27 hb April 2015 jam 8.45 pagi bertempat di Dewan Granit, JMG
Malaysia, Perak