Pameran di SJK (T) Gandhi Memorial Kuala Kangsar

Pada 24 Mei 2014 (Sabtu), pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak telah menyertai pameran sempena Karnival Sains yang dianjurkan oleh SJK (T) Gandhi Memorial Kuala Kangsar. Pameran telah berlangsung di ruang legar sekolah dari pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Gerai pameran jabatan adalah bertema Asas Geologi dan Asas Jabatan. Seramai 4 orang urusetia terlibat mengendalikan pameran tersebut. Gerai pameran telah dikunjungi oleh pelajar SJKT Gandhi memorial, pelajar jemputan dari sekolah daerah Kuala Kangsar dan orang awam. Tetamu kehormat bagi karnival tersebut ialah Dato’ Seri V. Kannan, Pengerusi Syarikat Unique Vision Sdn. Bhd. selaku penyumbang utama karnival sains peringkat sekolah setiap tahun.

Baca selanjutnya

Lawatan Pelajar UKM ke Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak: Kerja lapangan STAP2012: Geosains Pelancongan

DEWAN KASITERIT,IPOH 18 APRIL 2014 - Pada 18hb April 2014 pukul 3.00 petang, rombongan pelajar UKM seramai 22 orang di bawah bimbingan Prof. Madya Dr. Kadderi b. Md. Desa dan 2 orang urusetia telah melawat ke JMG Malaysia, Perak. JMG Malaysia, Perak telah dipilih sebagai salah satu lokasi kerja lapangan di bawah subjek Geosains Pelancongan.  Para pelajar telah diberi taklimat berkenaan bidang-bidang teknikal utama di JMG Malaysia, Perak serta sumber mineral yang berpotensi di negeri Perak.


26

 

Taklimat mengenai JMG dan sumber mineral di Perak
oleh Tuan Rusli

27

Taklimat mengenai Lombong dan Kuari oleh En. Faizal

28

Bergambar bersama pelawat