Perhimpunan Bulan Januari 2014 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak (JMG Malaysia, Perak) telah diadakan pada 23 hb Januari 2014 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Granit, JMG Malaysia, Perak.
Kejohanan Ping Pong Tertutup JMG Perak 2014
Biro Sukan Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Perak akan menganjurkan Kejohanan Ping Pong Tertutup 2014. Semua ahli yang berminat sila daftar nama berserta wang pendahuluan sebnyak RM30. kepada Setiausaha Biro.
Lawatan Sambil Belajar ke Lombong Rahman Hydraulik
Satu lawatan sambil belajar telah dianjurkan oleh JMG Perak pada 5hb Disember 2013 ke lombong Rahman Hydraulik.Seramai 28 kakitangan telah menyertai lawatan ini. Pengurus Lombong, En. Hariyanto b. Salleh telah menyampaikan taklimat mengenai lombong Rahman Hydraulik kepada kakitangan. Setelah itu, kakitangan dibawa melawat ke kawasan lombong.
Simfoni Alam Bukit Batu Kapur
JMG Perak telah terlibat dalam penyediaan rancangan dokumentari Simfoni Alam bertajuk Bukit Batu Kapur. Rancangan dokumentari tersebut telah ditayangkan di TV2 pada 17hb Disember 2013.
Video ini boleh ditonton di :
Persidangan Geosains Kebangsaan 2013
Persatuan Geologi Malaysia (PGM) telah memberi mandat kepada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak (JMG Perak) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) untuk menganjurkan Persidangan Geosains Kebangsaan 2013 pada 7, 8 dan 9 hb Jun 2013 di Ipoh, Perak.