Lawatan Rasmi Ke Kawasan Kajian Geoterma Sabah

AJK Kajian Geoterma Ulu Slim, Perak telah mengadakan lawatan rasmi ke kawasan kajian geoterma di Apas Kiri, Sabah pada 21-22 November 2015 yang lalu. Lawatan turut disertai TKP (O), Pengarah PPO dan Tn. Hj. Nurzaidi dari Cawangan PPO. Tujuan lawatan adalah untuk mempelajari teknik kajian geoterma di Apas Kiri serta berbincang mengenai teknik yang boleh diaplikasi dalam kajian geoterma Ulu Slim. JMG Sabah selaku tuan rumah telah mengalukan kedatangan rombongan lawatan serta menguruskan lawatan dengan amat baik. Kawasan yang telah dilawati ialah kawasan kajian di Sg. Melati, lombong emas Sg. Melati, kon-kon air panas di Apas Kiri, mud pool di Ladang Binuang dan columnar basalt di Sg. Balung.     

Baca selanjutnya

Ekspedisi Saintifik Pelbagai Bidang Geopark Lembah Kinta 2015

Ekspedisi ini telah dianjurkan oleh JMG Malaysia, Perak dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia (ASM) pada 7 hingga 13 November 2015 di The Lereng Adventure Camp Ulu Chepor, Ipoh, Perak. Ekspedisi ini memberi fokus kepada 5 bidang penyelidikan utama iaitu geologi, flora, fauna, kualiti air serta sosio-ekonomi. Maklumat yang diperolehi dari ekspedisi ini akan digunakan dalam penyediaan dossier Pembangunan Geopark Lembah Kinta, di samping penerbitan kertas teknikal bersama pihak ASM. 

Baca selanjutnya

Bengkel Pembangunan Geopark Lembah Kinta Kesedaran dan Peluang

Bengkel separuh hari ini telah diadakan pada tarikh 30 Oktober 2015 (hari Jumaat) di Best Western Premier The Haven, Ipoh. Penganjuran bengkel ini adalah sebagai salah satu medium untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat Lembah Kinta (public engagement) khususnya kepada agensi/jabatan kerajaan, NGO dan pengusaha ekopelancongan berkaitan konsep geopark. 

Baca selanjutnya

Lawatan Sambil Belajar ke MSC Butterworth

Satu lawatan sambil belajar ke MSC Butterworth telah diadakan oleh kakitangan JMG Malaysia Perak pada 22 hb April 2015. Seramai 29 kakitangan telah menyertai lawatan tersebut. Tn. Pengarah juga telah turut serta dalam lawatan tersebut. Objektif lawatan diadakan adalah sebagai susulan kepada lawatan ke Lombong Rahman Hydraulik. Lawatan ke Lombong Rahman Hydraulik yang telah diadakan sebelum ini adalah bagi melihat sendiri kerja-kerja mengekstrak bijih dari bumi manakala di MSC pula adalah tempat bijih tersebut diproses menjadi jongkong timah.

Baca selanjutnya