PROGRAM LATIHAN PENGURUSAN BENCANA

PROGRAM LATIHAN PENGURUSAN BENCANA

KOTA BELUD, SABAH (15 FEBRUARI 2018) KHAMIS : Satu Program Latihan Pengurusan Bencana telah diadakan di Dewan Masyarakat Tun Said, Daerah Kota Belud yang berlangsung selama 2 hari bermula dari 14hb. Februari (Rabu) dan 15hb. Februari(Khamis). Program ini dianjurkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah Kota Belud.

 

 

Majlis pembukaan ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia DCP Dato' Azizan Abu Taat, wakil Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada 14 Februari jam 8.30 pagi.

Beberapa agensi turut mendapat undangan dalam menyertai program ini antaranya adalah Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kerja Raya(JKR), Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM), Pejabat Pelajaran Daerah(PPD), anggota Polis, RELA dan Jabatan Mineral & Geosains Malaysia(JMG) Sabah.

Seramai lima orang kakitangan JMG Sabah yang diketuai oleh En. Bailon Golutin (Pegawai Geosains Kanan), En. Arthur Clement Makulim, En. Ahmad Khairut Termizi bin Mohd. Daud, En. Herorisan bin Paruka dan Cik Helviana Malaya telah menyertai Program Latihan Pengurusan Bencana ini.

Program tersebut dianjurkan antara lain bertujuan untuk memberi latihan tentang bagaimana keadaan persiapan sebelum, semasa dan selepas berlakunya bencana terutamanya banjir kilat yang sering berlaku di kebanyakan kampung di daerah Kota Belud. Pada awal majlis ini, satu sesi penerangan telah disampaikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS) berhubung dengan 'Kajian dan Impak Banjir'. Sesi kedua berlangsung bagi membincangkan tentang Taklimat Awal Perancangan Pelan Tindakan Agensi dan perbincangan kumpulan diikuti dengan sesi pembentangan tiap-tiap kumpulan.

Pada hari berikutnya, pihak JPS telah menyampaikan taklimat berhubung dengan 'Situasi dan Cadangan Penyelesaian Pengurangan Risiko Banjir' diikuti dengan sesi soal jawab. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia(APM) juga sempat memberi taklimat berhubung dengan 'Penggunaan Aplikasi SAIFON' dan sesi soal jawab. Majlis diteruskan lagi dengan Forum Pembentangan Resolusi Perancangan Pelan Tindakan Agensi yang dibahagikan kepada dua iaitu Pelan Tindakan Pengurusan Bencana dan Pelan Tindakan Operasi di mana panel yang yang dilantik adalah daripada wakil-wakil agensi tindakan bencana daerah. Forum tersebut disusuli dengan sesi soal jawab di kalangan penduduk komuniti(Ketua Kampung, JKKK dan wakil penduduk).

Jam 2.30 petang, 15 Februari majlis penutupan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Abdul Rahman bin Datuk Hj. Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen P.169 Kota Belud. Dalam ucapannya, beliau telah memberikan amanat dan kata-kata semangat kepada masyarakat di daerah Kota Belud khususnya berhubung dengan langkah-langkah dan kesiapsiagaan tatkala bencana melanda terutamanya banjir kilat yang kerap kali melanda kawasan ini. Beliau turut menyerahkan bantuan wang ehsan dan juga aset serta kelengkapan kesiapsiagaan bencana kepada mangsa-mangsa banjir.

Info mengenai sistem SAIFON :-

Sistem Pemantauan Keselamatan dan Paras Air (SAIFON) adalah merupakan satu sistem pemantauan yang dilengkapi dengan pusat pemantauan yang berpusat. Terdapat tiga sensor dipasang di sungai-sungai utama (Sg. Kedamaian, Sg. Tempasuk dan Sg. Abai) manakala dua belas televisyen litar tertutup (CCTV) dipasang di lokasi strategik di bandar Kota Belud untuk membantu agensi tempatan terutama Pejabat Daerah dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk memantau, merancang dan mengambil tindakan dengan berkesan dalam memastikan keselamatan komuniti semasa kecemasan. Sistem ini dipantau dengan memusatkan pusat pemantauan yang dibangunkan di pejabat APM di Kota Belud.


Sumber:-
http://komunitipintar.mcmc.gov.my/ms-MY/Smart-Community/Kota-Belud/Water-Level-and-Security-Monitoring-System.aspx

KB1

KB2

KB3

KB4

KB5

MukaTutup

 

 

 

 

 

Written by : HERORISAN