PAMERAN SEMPENA PROGRAM KARNIVAL KIMIA MALAYSIA(K2M) 2017

PAMERAN SEMPENA PROGRAM KARNIVAL KIMIA MALAYSIA(K2M) 2017

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, SABAH (08 OKTOBER 2017) AHAD : Institut Kimia Malaysia(IKM) telah mengadakan pameran di Dewan Mutiara, Kolej Matrikulasi Labuan pada 07 Oktober 2017 sempena Karnival Kimia Malaysia(K2M) 2017. Beberapa agensi daripada badan Kerajaan dan NGO turut serta dan mendapat jemputan sempena karnival tersebut. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah adalah salah satu yang menerima jemputan daripada IKM untuk mengikuti pameran tersebut.

 

 

Objektif pameran ini adalah untuk memberi kesedaran dan memupuk minat tentang bidang kimia dalam kalangan pelajar-pelajar peringkat menengah dan sekolah rendah di samping memperkenalkan fungsi dan peranan Jabatan Kimia kepada umum. Melalui program ini juga, JMG Sabah secara tidak langsung berpeluang untuk memperkenalkan fungsi dan peranan jabatan kepada umum sesuai dengan fungsi dan peranan JMG iaitu menyediakan perkhidmatan analisis geokimia dan mempromosi hasil penyelidikan supaya digunapakai oleh pihak industri.

 

Written by : HERORISAN