MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2017

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2017

SERDANG, SHAH ALAM, SELANGOR (08 MAC 2018) : KHAMIS, Satu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2017 anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah diadakan di Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Shah Alam, Selangor. Kira-kira 1000 orang telah diberikan anugerah khidmat cemerlang yang merangkumi Anugerah Kecemerlangan NRE(AK NRE), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) dan Anugerah Lama Berkhidmat( ALB).

Sebanyak 12 jabatan/agensi di bawah kementerian ini telah dijemput dan dihimpunkan dalam majlis tersebut yang mana salah satu daripadanya adalah Jabatan Mineral & Geosains Malaysia (JMG).

Dalam majlis tersebut juga, Pengarah JMG Sabah , En. Mohd Yusop bin Ramli hadir sama memberikan sokongan kepada 7 orang staf JMG Sabah yang telah terpilih mendapat APC antaranya ialah Tn. Hj. Abdul Kadir bin Ahmad (Timbalan Pengarah C54), Pn. Jayawati Fanilla binti Montoi (Pegawai Geosains Kanan C44), En. Arthur Makulim (Pegawai Geosains Kanan C44), Pn. Shuryanteh binti Mohd. Yassin (Penolong Juruukur JA29), Pn. Vianni Vincent (Pembantu Tadbir Kewangan W22), En. Herorisan bin Paruka (Pembantu Geosains C19) dan En. Suhaimie bin Suman (Pemandu Kenderaan H11).

Written by : HERORISAN