MAJLIS MAKAN MALAM PERSARAAN TN. HJ ABDUL KADIR (TIMBALAN PENGARAH, JMG SABAH)

MAJLIS MAKAN MALAM PERSARAAN TN. HJ ABDUL KADIR (TIMBALAN PENGARAH,  JMG SABAH)

KOTA KINABALU, SABAH (08 MAC 2019) : JUMAAT, satu majlis makan malam persaraan telah diadakan pada 8 Mac 2019 bersamaan hari Jumaat bertempat di Hotel Berjaya Palace, Kota Kinabalu. Majlis ini telah dianjurkan oleh Unit Perkhidmatan Makmal yang diketuai oleh En. Morius Bantas.

Majlis yang diadakan di Hotel Berjaya Palace, Kota Kinabalu merupakan majlis kecil-kecilan yang cukup meriah bagi meraihkan persaraan Tn. Hj. Abdul Kadir bin Ahmad, dan antara yang hadir semasa majlis ini adalah semua kakitangan Unit Perkhidmatan Makmal bersama keluarga, pegawai-pegawai pengurusan tertinggi. Dalam majlis ini juga tidak ketinggalan Pengarah JMG Sabah, En. Mohd. Yusop bin Ramli hadir sama dan memberikan sepatah dua kata ucapan persaraan buat Tuan Hj. Abdul Kadir.

Majlis ini juga diakhiri dengan ucapan dan pemberian cenderakenangan buat Tn. Hj. Abdul Kadir dan acara makan malam.

Sumber maklumat dan foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee

Written by : Suriani Ramlee