PERGI MU KALI INI BERSARA....

PERGI MU KALI INI BERSARA....

KOTA KINABALU, SABAH (09 MAC 2019) : SABTU, Hari ini merupakan hari terakhir Tn. Hj. Abdul Kadir dan isteri berada di Negeri Bawah Bayu. Beberapa rakan-rakan beliau dan beberapa kakitangan JMG Sabah turut berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu bagi memberikan ucapan selamat kembali ke tanah semenanjung dan selamat bersara buat beliau.

Tidak ketinggalan juga Tuan Pengarah JMG Sabah En. Mohd. Yusop bin Ramli turut hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu bagi mengucapkan selamat jalan buat Tuan Hj. Kadir dan Isteri. Antara pegawai JMG Sabah yang hadir adalah En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee (Ketua Unit Pengurusan Maklumat) dan En. Morius Bantas (Penolong Pengarah Kanan, Unit Perkhidmatan Makmal).

JMG Sabah mengucapkan Selamat Bersara buat Tuan. Hj. Abdul Kadir, jasa beliau sepanjang perkhidmatan beliau di JMG Sabah akan dikenang sampai bila-bila. Amalan-amalan kebaikan beliau akan dijadikan panduan buat semua warga JMG Sabah. Semoga terus diberikan kesihatan yang baik dan melalui alam persaraan dengan baik dan tenang.

Sumber maklumat dan foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee

Written by : Suriani Ramlee