KURSUS PEMANTAPAN PERUNDANGAN BERKAITAN PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN MALAYSIA

KURSUS PEMANTAPAN PERUNDANGAN BERKAITAN PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN MALAYSIA

SEPANG, SELANGOR – 17 MAY 2019: Kursus Pemantapan Perundangan Berkaitan Perlombongan dan Pengkuarian di Malaysia telah diadakan di Hotel Empress, Sepang yang bermula pada 13hb May 2019 dan berakhir sehingga 16hb May 2019 yang lepas.

Seramai 30 orang peserta kursus yang melibatkan pegawai/kakitangan semua negeri Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menghadiri kursus ini. Ini termasuklah dua orang kakitangan JMG Sabah iaitu En. Mohd Yusuf Bin Asby, Penolong Pegawai Geosains C32 dan En. Herorisan Bin Paruka, Pembantu Geosains C19.

Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang perundangan, peraturan, garis panduan, Standard Operating Procedure (SOP) yang berkaitan dengan perlombongan dan pengkuarian di Malaysia. Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk membangunkan pegawai dan kakitangan yang mantap ke arah kemahiran, kecekapan dan kecemerlangan dalam aktiviti pengawalseliaan dan penguatkuasaan.

Di akhir kursus tersebut adalah upacara perasmian penutupan majlis yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haji Mohd Za'im bin Abdul Wahab, Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), Ipoh, Perak.

Written by : HERORISAN