TIANJIN, CHINA (10 -13 OKTOBER 2019) - Satu seminar iaitu "The Seminar On Natural Resources and Information Sharing For East Asia Summit Member Nation" telah dihadiri oleh dua orang pegawai yang mewakili JMG Malaysia iaitu En. Hillary Muyan (Timbalan Pengarah JMG Sarawak) dan En. Webster Wong (Menanggung Timbalan Pengarah Sumber Mineral JMG Sabah) bertempat di Tianjin Meijiang Convention Center. Seminar ini dianjurkan oleh Development Research Center, China Geological Survey dan telah ditaja oleh Ministry of Foreign Affairs of the People's Republic of China, Ministry of Natural Resources of the People's Republic of China dan China Geological Survey.
MESYUARAT PEMURNIAN LAPORAN PENILAIAN SUMBER BAUKSIT RMK-11.
KOTA KINABALU, SABAH (25 Julai 2019) JUMAAT : Satu Mesyuarat Pemurnian Laporan Sumber Bauksit RMKe-11 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, JMG Sabah. Mesyuarat ini telah bermula pada 23hb Julai 2019 hingga 25hb Julai 2019. Pengerusi mesyuarat adalah En.Hamdan Arifin selaku Ketua Projek Mineral Perindustrian.
Pegawai yang telah hadir dalam mesyuarat ini adalah En. Farid Zainudin dan Pn. Jayawati (JMG Sabah), En. Japri (JMG Sarawak), En. Khairul Zaman (JMG Johor), En. Shari Ismail dan En. Yusof Imbun (JMG Pahang), En. Abdul Hadi Abd. Rahman dan En. Anasrullah (JMG Selangor), dan Pn. Noran Nabila (JMG Negeri Sembilan). Turut dijemput hadir dalam mesyuarat kali ini adalah En. Abdul Rahim Harun (Unit Cawangan PPO)
TAKLIMAT DAN PERBINCANGAN PERANCANGAN KERJALAPANGAN KERJASAMA EKSPLORASI CBM NEGARA OLEH JMG-PETRONAS DI DARATAN SABAH
KOTA KINABALU, SABAH (20 JUN 2019) : KHAMIS, Satu taklimat dan Perbincangan kerjalapangan kerjasama eksplorasi CBM Negara oleh JMG-PETRONAS di daratan Sabah telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JMG Sabah. Taklimat ini telah bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari. Ketua rombongan daripada PETRONAS adalah En. Amiruddin Mansor selaku General Manager, Basin Strategy & Management Resource Exploration Malaysia Petroleum Management dan turut hadir beberapa kakitangan daripada PETRONAS dalam sesi taklimat ini.
MESYUARAT UNIT SUMBER MINERAL BIL.2/2019 JMG SABAH
KOTA KINABALU, SABAH (3 MEI 2019) : JUMAAT, Mesyuarat Unit Sumber Mineral Bil.2/2019 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nephrite yang telah bermula dari jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.45 petang. En. Webster Wong selaku Ketua Unit Sumber Mineral mempengerusikan mesyuarat tersebut. Antara yang telah dibincangkan adalah mengesahkan minit mesyuarat bil.1/2019, hal-hal berbangkit, Pelaporan projek pembangunan, MINGEOsis dan hal-hal lain. Semua kakitangan Unit Sumber Mineral telah hadir dalam mesyuarat tersebut. Selesai mesyuarat, semua kakitangan Unit Sumber Mineral begitu gembira sekali kerana En.Webster Wong dan En. Azizan dengan ikhlas menyumbangkan wang dan tenaga untuk membeli Pizza Hut untuk disajikan kepada semua kakitangan yang telah hadir dalam mesyuarat tersebut.
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) KEMENTERIAN AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI TAHUN 2018
SELANGOR (22 APRIL 2019) - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli bagi tahun 2018 telah berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre dan telah disempurnakan oleh YB. Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli. Seramai 855 orang telah menerima APC di bawah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Dimaklumkan bahawa seramai 74 orang penerima APC daripada Jabatan Mineral & Geosains Malaysia telah hadir di dalam majlis tersebut. Bagi JMG Sabah terdiri daripada 7 orang penerima APC. Antara penerima APC tersebut adalah En. Jaineh Bin Linggi (Pegawai Geosains C44), En. Eddie Affandy Bin Mohd Yuslee (Pegawai Geosains C44), Pn. Normi Binti Adok (Pen.Pegawai Teknologi Maklumat FA29), En. Adyrean Edero Jingkah (Pen. Pegawai Geosains C29), En. Japili Bin Samin (Pembantu Geosains C26), En. Malai Osman Bin Malai Muhamad (Pembantu Geosains C22) dan En. John Ingkangu (Pembantu Operasi N11).
BERKUNJUNG KE BUMI KENYALANG DEMI MENINGKATKAN KEFAHAMAN DALAM EKSPLORASI ARANG BATU DAN CBM.
KUCHING, SARAWAK (25 - 26 OKTOBER 2018) : Bagi meningkatkan kefahaman dalam eksplorasi arang batu dan CBM dalam aspek analisa makmal agar pengetahuan seumpama lebih menyeluruh dan berkesan, seramai 6 orang kakitangan JMG Sabah telah berkunjung ke bumi kenyalang. Kakitangan JMG Sabah yang dimaksudkan adalah En. Webster Wong (ketua kumpulan), En. Fredolin James Javino (Alam Sekitar). En. Dee Dee Daulip (coal exploration), En. Mazuan B. Roslan (coal exploration), En. Aidil B. Arnolous (Mine section) dan En. Richard Clemen (coal exploration).
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PROJEK KAJIAN REE, THORIUM DAN SKANDIUM BIL 2/2018
ALOR SETAR, KEDAH (27 SEPTEMBER 2018) : KHAMIS, Satu mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kajian REE, Thorium dan Skandium telah diadakan di Bilik Mesyuarat Delima, JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang (KPP) selama 2 hari bermula pada 25hb September 2018 dan berakhir pada 26hb September 2018.
LAWATAN KE PEJABAT JABATAN AIR DAERAH SANDAKAN, TAPAK PUNCA BEKALAN AIR BAWAH TANAH DAN PUSAT RAWATAN AIR SIBUGA, SANDAKAN.
SANDAKAN, SABAH (6 APRIL 2018) : JUMAAT
Satu lawatan telah dibuat ke Pejabat Jabatan Air Daerah Sandakan pada jam 2 petang tadi. Lawatan ini diketuai oleh Pengarah JMG Sabah, En. Mohd. Yusop Bin Ramli. Sebelum bergerak ke tapak punca bekalan air bawah tanah di KSN02 dan Pusat Rawatan Air Sibuga, satu sesi taklimat ringkas berkenaan dengan air bawah tanah disampaikan oleh En. Segar, wakil kontraktor Jabatan Air Daerah Sandakan (Timatch Resources Sdn. Bhd). Turut hadir, Jurutera Daerah, En. Ishar Hamka dan beberapa kakitangan daripada Jabatan Air Daerah Sandakan.
MESYUARAT PENYELARASAN CADANGAN ULASAN LAPORAN PEMBANGUNAN GUNA TANAH DAN LATIHAN KERJA LAPANGAN
SANDAKAN, SABAH (5 APRIL 2018) : KHAMIS, Mesyuarat Penyelarasan Cadangan Ulasan Laporan Pembangunan Guna Tanah Dan Latihan Kerja Lapangan yang diadakan di Hotel Styles, Sandakan, telah bermula pada pagi ini. Mesyuarat ini akan diadakan selama 3 hari dan dijangka selesai pada hari Sabtu bersamaan 7hb April 2018. Mesyuarat pagi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi mesyuarat iaitu pengarah JMG Sabah, En. Mohd Yusop Bin Ramli. Selesai ucapan daripada pengarah, mesyuarat diteruskan dengan taklimat yang pertama yang disampaikan oleh Dr. Frederick F. Tating dengan tajuk Penyediaan Laporan Geologi Kejuruteraan.
Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.3/2018
KOTA KINABALU, SABAH (29 Mac 2018) : KHAMIS, Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.3/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah telah berjaya disempurnakan pada hari ini bertempat di Dewan Nephrite, Blok Kinabalu. Perhimpunan pada kali ini dianjurkan dengan jayanya oleh Unit Sumber Mineral.
Seperti biasa, majlis telah dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh En. Mazuan Bin Roslan. Kemudian diikuti dengan nyanyian empat buah lagu rasmi iaitu Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, Perkhidmatan Awam dan Kami Warga JMG dinyanyikan dengan penuh semangat. Majlis diteruskan dengan pengucapan awam oleh Pn. Faye Donna Edmund dengan tajuk "Brainwave Scan With Aroma Routine". Selesai sesi pengucapan awam, majlis diteruskan lagi dengan taklimat perkongsian daripada En. Arthur Clement Makulim berkaitan dengan "Kursus Peparitan (trenching) Sesar Maechan, Chiangrai, Thailand" yang telah dihadiri beliau pada 14hb hingga 24hb februari 2017. Selepas sesi taklimat selesai, majlis seterusnya menyaksikan Perutusan Pengarah yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah JMG Sabah, Tn. Haji Abdul Kadir bin Ahmad.