KOTA KINABALU, SABAH (16 OGOS 2019): JUMAAT, Satu majlis makan malam meraihkan persaraan Pengarah En. Mohd. Yusop bin Ramli telah diadakan di Hotel Shangrila Kota Kinabalu sekitar pukul 7.00 malam.
Seramai 30 orang kakitangan JMG Sabah turut hadir dalam majlis ini. Majlis ini telah dikelolakan oleh Dr. Morius Bantas. Walaupun ramai antara kakitangan JMG Sabah tidak dapat hadirkan diri atas sebab kekangan masa dan berada di luar kawasan, namun sambutan malam ini agak meriah dengan kehadiran beberapa orang kakitangan JMG Sabah.