KOTA KINABALU JMG SABAH (20 Februari 2019, Rabu) : Satu mesyuarat telah diadakan bagi tujuan memberi maklumat dan penerangan mengenai tatacara kelulusan ICT untuk projek yang sedang atau akan dijalankan kelak. Keperluan ini adalah untuk mendapatkan kelulusan ICT bagi mana-mana projek yang melibatkan perolehan aset ICT seperti komputer riba, server, perisian GNSS khususnya dan penyediaan rangkaian bagi menyokong projek tersebut. Mesyuarat dihadiri oleh En. Frederick Francis Tating (Pengerusi), En. Eddie Affandy Mohd. Yusslee (KUPM), En. Bailon bin Golutin, En. Arthur Clement Makulim, En. Goh Khean Seong, Pn. Normi Adok, Pn. Besty J. Adim dan Pn. Lena Anggie (Setiausaha). Mesyuarat ini adalah susulan daripada Mesyuarat Pengurusan Maklumat JMG Bil 1/2019 yang telah diadakan di Hotel Merdeka Palace Kuching, Sarawak dari 11 hingga 15 Februari 2019
PERLAWANAN PERSAHABATAN SUKAN BOLA SEPAK ANTARA JMG SABAH VS KTYS
KOTA KINABALU, SABAH (22 FEBRUARI 2019) : JUMAAT, Satu perlawanan persahabatan sukan bola sepak di antara Jabatan Mineral dan Geosains Sabah (JMG Sabah) dan Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) telah berlangsung di Padang Bola Yayasan Sabah pada petang Jumaat lepas sekitar jam 4.30 petang.
MESYUARAT PENGURUSAN DATA STATISTIK MINERAL NEGERI BIL. 1/2019
MELAKA (20 FEBRUARI 2019) : RABU, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan mesyuarat Pengurusan Data Statistik Mineral Negeri Bil.1/2019 di Hotel Avillion Legacy Melaka bermula pada 18 Februari 2019 hingga 20 Februari 2019.
MESYUARAT TERAKHIR ASPIRING KINABALU GEOPARK
KOTA KINABALU, SABAH (19 FEBRUARI 2019) : SELASA, Mesyuarat terakhir bagi Aspiring Kinabalu Geopark sedang berlangsung di Kingston Hotel, Kota Kinabalu bermula pada jam 9.00 pagi ini.
MAJLIS PENYERAHAN DATA IFSAR KEPADA KUPM SABAH
KUCHING, SARAWAK (14 FEBRUARI 2019) : KHAMIS, satu majlis penyerahan telah dilaksanakan di Hotel Merdeka Palace pada jam 1.00 petang hari ini 14 Februari 2019. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Mohd Zulkiflee bin Che Soh (Timbalan Pengarah), Cawangan Pengurusan Maklumat, Ibupejabat JMG Malaysia. Data IFSAR ini diserahkan kepada En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee (Ketua Unit Pengurusan Maklumat), JMG Sabah oleh Tuan Hj. Mohd Zulkiflee.