KOTA KINABALU, SABAH (08 MAC 2019) : JUMAAT, satu majlis makan malam persaraan telah diadakan pada 8 Mac 2019 bersamaan hari Jumaat bertempat di Hotel Berjaya Palace, Kota Kinabalu. Majlis ini telah dianjurkan oleh Unit Perkhidmatan Makmal yang diketuai oleh En. Morius Bantas.
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA MENAIKTARAF TANDAS (LELAKI DAN WANITA) BIL. 1/2019
KOTA KINABALU JMG SABAH (5 MAC 2019) : Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan penyediaan sebutharga yang akan dilaksanakan sepertimana mengikut perancangan kelak. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee dan ahli-ahli yang hadir adalah En. Morius Bantas, Pn. Margaret Stephen Mozimin, En. Abdul Arif bin Tahar, Pn. Vianni Vincent dan Pn. Besty Jenny Adim.
MESYUARAT SEMINAR SUMBER MINERAL DAN TENAGA DAN PEMBANGUNAN MAMPAN DI SABAH (SSMTPMS) BIL. 4/2019 (POST-MORTEM)
KOTA KINABALU JMG SABAH (13 MAC 2019) : Sorotan dari seminar tersebut, ahli jawatankuasa telah bersetuju menggadakan satu post-mortem bagi penambahbaikan program yang sama pada masa akan datang dan berharap semua ajk yang terlibat dapat mengambil pengalaman dan iktibar pada masa akan datang. Pengerusi juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan tahniah atas kerjasama kepada semua ajk dalam menjayakan seminar tersebut dan mesyuarat tersebut juga adalah sebagai penutupan untuk seminar ini. Turut dibincangkan adalah Laporan Akhir Seminar Tenaga yang disediakan oleh En. Mazuan dan Laporan Sesi Soal Jawap Seminar yang dikumpulkan dan disediakan oleh En. Fredolin.
MESYUARAT SEMINAR SUMBER MINERAL DAN TENAGA DAN PEMBANGUNAN MAMPAN DI SABAH (SSMTPMS) BIL. 3/2019
KOTA KINABALU JMG SABAH (05 MAC 2019) : Mesyuarat Bil. 3/2019 ini telah diadakan bagi meneliti semakan terakhir persediaan seminar tersebut. Beberapa perkara yang telah disentuh adalah peranan ajk pelaksana, backdrop seminar dan susun atur ruang seminar serta pengesahan kehadiran jemputan/peserta seminar tersebut. Turut dibincangkan adalah mengenai para penceramah, bilik urusetia, rapporteur dan lain-lain seperti buku program, cenderamata, sijil penceramah dan peserta, taklimat keselamatan (pihak hotel) dan tag nama lanyard. Hasil dari perbincangan ini telah menghasilkan satu sistem perancangan yang lebih teratur dan terurus. Satu Persembahan (latihan) Ceramah oleh penceramah JMG SBH (En. DD Daulip dan En. Aidil) juga telah diadakan pada 6 Mac 2019.
MESYUARAT PENYEDIAAN DOKUMEN TENDER (PAG) DAN SEBUTHARGA (MT) BIL. 1/2019
KUNDASANG, SABAH (16 – 22 MAC 2019) : Satu mesyuarat telah diadakan di Perkasa Hotel, Kundasang, Sabah bagi membincangkan penyediaan dokumen tender dan sebutharga yang akan dilaksanakan sepertimana mengikut perancangan kelak. Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr. Frederick Francis Tating (JMG Sabah) dan ahli-ahli yang hadir adalah En. Ahmad Zulkifli bin Kamaruzaman dan En. Mohd Safid bin Saad (BPT), En. Abdul Rahim bin Harun dan En. Mazlan bin Mohd Zain (Ibu Pejabat) serta ahli-ahli lain dari JMG Sabah iaitu En. Bailon Golutin, En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee dan Pn. Lena Anggie serta mesyuarat dibantu oleh Pn. Besty (urusetia JMG Sabah).