KOTA KINABALU, SABAH (04 OKTOBER 2018) : KHAMIS, Satu majlis perjumpaan kakitangan JMG Sabah bersama Ketua Pengarah Datuk Hj. Shahar Effendi bin Abdulla Azizi telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah pada 3 Oktober 2018 hari Rabu jam 9.00 pagi.
MESYUARAT PELAKSANAAN DIGITAL GEOLOGICAL SURVEY SYSTEM BIL. 5/2018
KOTA KINABALU, SABAH (04 OKTOBER 2018) : KHAMIS, Jawatankuasa Pelaksanaan Dogotal Geological Survey System telah bermesyuarat di Bilik Mesyuarat Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah pada jam 2.30 petang bertarikh 3 Oktober 2018 hari Rabu. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Badzran Mat Taib (Pengarah P&P Ibupejabat JMG).
GOTONG ROYONG MINI UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT
KOTA KINABALU, SABAH (21 SEPTEMBER 2018) : JUMAAT, Unit Pengurusan Maklumat Aktiviti Kartografi telah membuat satu gotong royong mini bagi menyusun atur peta-peta topo agar tidak bertaburan semasa pemindahan aktiviti kartografi kelak. Gotong-royong mini ini dilaksanakan oleh kakitangan Unit Pengurusan Maklumat pada 21 September 2018 yang lalu.
KURSUS LATIHAN TRIMBLE R10 GNSS SYSTEM DAN TRIMBLE NETR9
KOTA KINABALU, SABAH (03 SEPTEMBER 2018) : ISNIN, Bahagian Latihan, Unit Pengurusan Maklumat, JMG Sabah telah mengadakan kursus latihan Trimble R10 GNSS System dan Trimble NetR9 di JMG Sabah selama lima hari bermula pada 3hb September 2018 dan berakhir pada 7hb September 2018.
NATIONAL COORDINATORS MEETING AND WORKSHOP (UNCON12)
KOTA KINABALU, SABAH (02 OKTOBER 2018) : SELASA, Satu mesyuarat dan bengkel kerjasama antara CCOP Technical Secretariat (CCOPTS), Korea Institute Of Geoscience & Mineral Resources (KIGAM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan PETRONAS diadakan di Hotel Hyatt Regency Kinabalu bermula pada hari ini 02hb Oktober 2018 hingga 04hb Oktober 2018.