KURSUS EKSA BIL.4/20118

KURSUS EKSA BIL.4/20118

KOTA KINABALU, SABAH (18 SEPTEMBER 2018) : SELASA, Seperti sedia maklum semua jabatan perlu melaksanakan 5S yang dahulunya dan kini telah di jenamakan dengan nama EKSA (Ekosistem Kondusif Sistem Awam). Satu-satunya jabatan yang melaksanakan dan membuat kursus adalah INTAN Kampus Sabah. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah tidak ketinggalan dengan peredaran penjenamaan tersebut. Pihak pengurusan telah melantik beberapa orang pegawai JMG Sabah untuk melaksanakan EKSA tersebut. Namun demikian, mereka yang dilantik perlu lah menghadiri kursus bagi mempelajari dan menimba ilmu yang lebih lanjut berkaitan dengan EKSA tersebut.

Baca selanjutnya

MESYUARAT SEMPENA LAWATAN MENTERI KEMENTERIAN AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI (KATS)

MESYUARAT SEMPENA LAWATAN MENTERI KEMENTERIAN AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI (KATS)

KOTA KINABALU, SABAH (13 SEPTEMBER 2018) : KHAMIS, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Cawangan Sabah telah mengadakan satu Mesyuarat Sempena Lawatan Rasmi Menteri Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) di Bilik Mesyuarat JUPEM, Tingkat 3, Bangunan KWSP, Kota Kinabalu, Sabah pada jam 2.00 petang ini. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JUPEM En. Yaacub bin Yusoff. JMG Sabah turut dijemput hadir dalam mesyuarat sempena lawatan KATS ini.

Baca selanjutnya

MESYUARAT DAN TAKLIMAT ANTIVIRUS JMG

MESYUARAT DAN TAKLIMAT ANTIVIRUS JMG

W.P. PUTRAJAYA (04 SEPTEMBER 2018) : SELASA, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan satu Mesyuarat dan Taklimat Antivirus di ibupejabat JMG Malaysia di Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 4 September 2018. JMG Sabah diwakili oleh En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee (Ketua Unit Pengurusan Maklumat) bersama Pn. Normi Adok (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat)

Sumber maklumat dan foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee