MESYUARAT TEKNIKAL DAN KERJA LAPANGAN BAGI PEMASANGAN, PENTAULIAHAN DAN UJILARI PERALATAN MAGNETOTELURIK (MT)

MESYUARAT TEKNIKAL DAN KERJA LAPANGAN BAGI PEMASANGAN, PENTAULIAHAN DAN UJILARI PERALATAN MAGNETOTELURIK (MT)

KUNDASANG, SABAH : Satu mesyuarat teknikal dan kerja lapangan bagi pemasangan, pentauliahan dan ujilari peralatan magnetotelurik (MT) telah diadakan di Perkasa Hotel Mt. Kinabalu bermula 18 sehingga 29 Mei 2018. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Abdul Rahim bin Harun.

Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan dan menjalankan kerjalapangan bagi pemasangan, pentauliahan serta pengujilarian sistem peralatan tersebut yang melibatkan cerapan data di sekitar kawasan yang dikenalpasti terdapatnya sesar-sesar aktif Lobou-Lobou dan Mensaban di Kundasang seterusnya kerja-kerja pemprosesan data (MT). Seramai 28 peserta telah hadir dalam mesyuarat tersebut.  Turut hadir dalam pembincangan tersebut adalah dari wakil syarikat pembekal iaitu seramai 5 orang.  Secara keseluruhannya perbincangan berjalan dengan lancar.

SALAM RAMADHAN YA MARHABAN

SALAM RAMADHAN YA MARHABAN

KOTA KINABALU, SABAH (17 MEI 2018) : KHAMIS, Badan Kebajikan Kakitangan Islam, JMG Sabah mengucapkan Selamat Berpuasa buat semua kakitangan JMG Sabah yang beragama Islam, juga buat semua muslimin muslimat di seluruh JMG Malaysia dan tanah air. Tanggal 17 Mei 2018 bersamaan 1 Ramadhan 1439H merupakan tarikh awal permulaan buat seluruh warga JMG Sabah dan JMG Malaysia yang beragama Islam dalam menjalani ibadah puasa yang merupakan juga rukun Islam yang ketiga. Semoga puasa kita semua mendapat keberkatan daripada Allah swt dan segala amal ibadah kita diterimaNya. Bekerja sambil beramal ibadah adalah yang terbaik buat kita semua untuk mencari bekalan di akhirat kelak.

PAMERAN DAN TAKLIMAT DI SMK TENGHILAN

PAMERAN DAN TAKLIMAT DI SMK TENGHILAN

TENGHILAN, SABAH (3 MEI 2018) : KHAMIS, Jabatan Kimia Malaysia cawangan Sabah telah mengadakan program CSR OSH di SMK Tenghilan pada hari ini. Program ini akan melibatkan seramai 160 orang peserta di kalangan pelajar sekolah menengah, guru dan pembantu makmal yang merangkumi 10 buah sekolah di sekitar daerah Tuaran. Tujuan program pameran ini adalah bagi menerapkan kesedaran keselamatan di makmal dan sekolah kepada kumpulan sasaran tersebut.

Baca selanjutnya

MESYUARAT PROGRAM PENGANJURAN SEMINAR ON DIGITAL GEOLOGICAL SURVEY ANTARA JMG DAN CHINA GEOLOGICAL SURVEY BIL.1/2018

MESYUARAT PROGRAM PENGANJURAN SEMINAR ON DIGITAL GEOLOGICAL SURVEY ANTARA  JMG DAN CHINA GEOLOGICAL SURVEY BIL.1/2018

WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA (3 MEI 2018) : KHAMIS, Satu Mesyuarat Jawatankuasa Program Bagi Penganjuran Seminar On Digital Geological Survey Antara JMG dan China Geological Survey telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jasper, Aras 8, Bangunan PjH, Ibupejabat JMG, Presint 2, W.P. Putrajaya pada pagi ini. Mesyuarat diperngerusikan oleh En. Mohd. Badzran bin Mat Taib.

Baca selanjutnya