MESYUARAT PERSIAPAN MAJLIS PERASMIAN TELAGA TIUB DAN PROGRAM KESEDARAN AWAM DI DAERAH KOTA MARUDU, SABAH

MESYUARAT PERSIAPAN MAJLIS PERASMIAN TELAGA TIUB DAN PROGRAM KESEDARAN AWAM DI DAERAH KOTA MARUDU, SABAH

KOTA MARUDU, SABAH (05 FEBRUARI 2018) : ISNIN, Mesyuarat persiapan majlis perasmian telaga tiub dan program kesedaran awam di daerah Kota Marudu, Sabah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kota Marudu sekitar jam 2.30 petang.

Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Hamdan bin Hj. Sarudin (Penolong Pegawai Daerah). Dalam mesyuarat ini juga turut hadir wakil dari JMG Sabah iaitu En. Mazrali bin Alway (Pegawai Geosains) dan Pn. Mary Chew (Pembantu Geosains Kanan). Seramai 29 orang telah hadir dalam mesyuarat ini. Mereka terdiri daripada pelbagai wakil jabatan di daerah Kota Marudu seperti dari PDRM, Jabatan Air, UPPM, Pejabat Daerah, Perpustakaan Negeri, Yayasan Sabah dan lain-lain.

Mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan persiapan-persiapan yang diperlukan semasa perasmian tersebut. Mesyuarat tamat sekitar jam 4.30 petang.

Sumber maklumat dan foto : En. Mazrali bin Alway

km

 

km1

 

km2