Program Pembangunan Water Balance bagi Pengurusan Sumber Air Negara (Fasa 2), National Waterbalance Management System (NAWABS)

Program Pembangunan Water Balance bagi Pengurusan Sumber Air Negara (Fasa 2), National Waterbalance  Management System (NAWABS)

KOTA KINABALU, SABAH (27 Februari 2018) : Selasa, 8.00 pagi. Satu mesyuarat bagi memperincikan skop kerja dan kewangan bagi pembinaan telaga air tanah di bawah peruntukan NAWABS Fasa 2 Bil. 1/2018 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah. Mesyuarat dengan objektif menjalankan kajian dan pembangunan sistem water balance (NAWABS) bagi pengurusan sumber air negara bagi memperkasakan risikan dan maklumat sumber air serta mengoptimumkan pengagihan sumber air berlangsung pada 27 dan 28 Februari 2018. Mesyuarat juga menjuruskan dalam membina keupayaan semua pihak berkepentingan untuk membolehkan penglibatan dan kolaborasi yang berkesan dalam tadbir urus sumber air negara.

Baca selanjutnya

Perasmian Telaga Tiub Kg. Dudar, Kota Belud

Perasmian Telaga Tiub Kg. Dudar, Kota Belud

KOTA BELUD, SABAH (27 Februari 2018) : Selasa, 8.00 pagi

Majlis Perasmian Telaga Tiub Kg. Dudar yang dianjurkan oleh JMG Sabah dan dengan usahasama Pejabat Daerah Kota Belud telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Musbah bin Hj. Jamli Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah merangkap ADUN N6 Tempasuk. Majlis yang turut dihadiri kiri-kira 500 orang penduduk kampung juga disertai oleh Penolong Pegawai Daerah, Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan/Negeri dan Badan-badan berkanun.

Baca selanjutnya

Majlis Perasmian Telaga Tiub Kg. Timbang Dayang, Kota Belud

Majlis Perasmian Telaga Tiub Kg. Timbang Dayang, Kota Belud

KOTA BELUD, SABAH (23 Februari 2018) : Jumaat, 8.00 pagi. Majlis Perasmian Telaga Tiub Kg Timbang Dayang yang dianjurkan oleh JMG Sabah dan dengan usahasama Pejabat Daerah Kota Belud telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh bin Tun Said Keruak, JP, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia merangkap ADUN N8 Usukan. Majlis yang turut dihadiri kiri-kira 500 orang penduduk kampung juga disertai oleh Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Datuk Japlin bin Akim, Penolong Pegawai Daerah, Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan/Negeri dan Badan-badan berkanun.

Baca selanjutnya