JMG Sarawak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bil. 1/2018 pada 26 Januari 2018 di Bilik Baiduri, Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan; NegaraKu, Sarawak Ibu Pertiwiku, Lagu Perkhidmatan Awam dan Lagu JMG. Selepas bacaan doa, Encik Sulong Enjop, Ketua Unit Geosains mewakili Pengarah memulakan majlis dengan ucapan tahun baru 2018 dan menyerukan semua warga JMG Sarawak untuk sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan demi kecemerlangan jabatan.
LAWATAN TAPAK KE KAMPUNG LERENG BUKIT DAN BUKIT KANADA, MIRI, SARAWAK
Bandaraya Miri yang terletak di pantai barat laut Kepulauan Borneo merupakan bandaraya kedua terbesar di Sarawak. Salah satu tarikan pelancong di Bandaraya Miri ialah di Bukit Kanada atau lebih dikenali sebagai Canada Hill dan di situ terletaknya salah satu daripada monumen penting sejarah Sarawak iaitu The Grand Old Lady. Bagaimanapun, Bukit Kanada yang terletak di kawasan tanah tinggi berhadapan dengan masalah tanah runtuh dan menimbulkan bahaya kepada pelancong dan penduduk sekitarnya.
MAJLIS SANJUNGAN BUDI KILAUAN BAKTI
Majlis meraikan perpisahan/ kenaikan pangkat serta perpindahan kakitangan JMG 2018 telah diadakan pada hari Jumaat, 12 Januari 2018 di Bilik Mesyuarat Baiduri, JMG Sarawak. Majlis ini diadakan bagi meraikan En. Ismail Bin Hanuar, Ketua Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sarawak dan dihadiri oleh kakitangan JMG Sarawak.
PELANTIKAN SEBAGAI AHLI PANEL PENASIHAT INDUSTRI BAGI CENTRE OF RESEARCH EXCELLENCE ON PEAT SOIL (CoPS)
Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Pembinaan Tanah Gambut atau dikenali sebagai CREAM/CIDB Centre of Research Excellence Construction on Peat Soils (CoPS) telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya pada 2016. CoPS ditubuhkan hasil dari Projek Pembangunan Garis Panduan Pembinaan atas Tanah Gambut di Malaysia.
TAKLIMAT X-RAY FLOURESCENCE (XRF)
Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sarawak telah mengadakan siri taklimat X-ray Flourescence (XRF) sepanjang bulan November 2017 yang lepas. Taklimat-taklimat ini diadakan bagi tujuan pendedahan kepada warga JMG Sarawak, khususnya kakitangan Unit Perkhidmatan Makmal berkenaan XRF.