AKTIVITI SUKAN "PAINTBALL" ANJURAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JMGSWP

AKTIVITI SUKAN "PAINTBALL" ANJURAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JMGSWP

Pada 26/1/2019, bersamaan hari Sabtu, Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Selangor/ Wilayah Persekutuan telah menganjurkan satu aktiviti riadah sukan "paintball" bertempat di Mudtrekker Paintball Park, Shah Alam , Selangor. Objektif utama sukan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di samping meningkatkan  semangat kesukanan antara ahli kelab. Di harap aktiviti sebegini dapat diteruskan  pada masa hadapan bagi mewujudkan persekitaran yang positif di tempat kerja dan menguatkan lagi keakraban sesama ahli kelab.

Baca selanjutnya

MESYUARAT ’TASK FORCE’ BAGI PROJEK MEMBINA TELAGA AIR BAWAH TANAH DI JOHAN SETIA, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN

MESYUARAT ’TASK FORCE’ BAGI PROJEK MEMBINA TELAGA AIR BAWAH TANAH DI JOHAN SETIA, KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN

KHAMIS 10 Januari 2019 - Suatu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan cadangan pembinaan telaga tiub dan kolam takungan di kawasan Johan Setia, Klang, Selangor pada 26 Oktober 2018 di Ibu Pejabat JAS. Hasil dari mesyuarat, JMG Selangor/Wilayah Persekutuan telah dipilh untuk mengetuai pasukan ‘Task Force’ bagi projek pembinaan tersebut.

Sehubungan dengan itu, mesyuarat yang pertama bagi ahli jawatankuasa taskforce telah berlangsung di JMGSWP yang dipengerusikan oleh pengarah, En. Jontih Enggihon.

Pihak Jmg akan membina 2 buah telaga air tanah di Johan Setia, Klang. Tujuan pembinaan telaga ini adalah untuk membekal  sumber air bagi mengawal kebakaran di kawasan Johan Setia yang kerap berlaku setiap tahun. Kerjasama daripada pelbagai agensi adalah diperlukan bagi menjayakan projek ini.

Baca selanjutnya

PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 12/2018

PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 12/2018

SHAH ALAM, 13 Disember 2018 - Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 12/2018 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, JMG Selangor/Wilayah Persekutuan, Bangunan Darul Ehsan yang merupakan majlis perhimpunan bulanan terakhir bagi tahun 2018. Majlis dipengerusikan oleh Pengarah Negeri, Yang Berusaha En. Jontih Enggihon. Beliau berkongsi maklumat berkenaan kedudukan pencapaian kewangan dan perbelanjaan jabatan pada penghujung tahun yang baik dan memuaskan disamping memberi nasihat, peringatan serta pujian kepada warga JMGSWP. Sesi tayangan montaj bergambar aktiviti-aktiviti JMGSWP sepanjang tahun 2018 mengakhiri aturcara majlis.

Baca selanjutnya