MAJLIS PERSARAAN TUAN PENGARAH JMGSWP, ENCIK NICHOLAS JACOB

MAJLIS PERSARAAN TUAN PENGARAH JMGSWP, ENCIK NICHOLAS JACOB

Pada hari Jumaat bersamaan 04 Disember 2020, JMG Selangor/W. Persekutuan telah meraikan persaraan tuan pengarah negeri, Encik Nicholas Jacob. Walaupun kembalinya beliau untuk berkhidmat di JMGSWP kurang daripada 3 tahun selaku Timbalan Pengarah Geosains dan Pengarah Negeri, namun persaraan beliau amat dirasai dan akan dirindui oleh keseluruhan warga jabatan. Ini terbukti dengan jumlah hadiah dan cenderahati yang diterima oleh beliau, bukan hanya daripada unit-unit jabatan, malah daripada individu warga jabatan serta daripada bekas-bekas pelajar yang pernah menjalani program latihan industri di JMGSWP.

Selama perkhidmatan singkat beliau di sini, beliau telah membimbing warga JMGSWP dengan sikap lemah lembut, sabar, prihatin dan sentiasa menghormati dan dihormati oleh semua lapisan warga jabatan. Syabas, kami warga JMGSWP ucapkan dan mendoakan semoga Tuan Nicholas Jacob berjaya dalam apa jua bidang yang akan diceburi kelak dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Terima kasih tuan dan jasamu akan kami kenang.

TAKLIMAT PROJEK AUDIT KENDIRI KEMAMPANAN PERASI KUARI DAN LOMBONG DI BAWAH PROJEK PEMANTAPAN PERASI KAWALSELIA DAN PENGUATKUASAAN PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN (POPP) SERTA SESI DIALOG BERSAMA PENGURUS LOMBONG DAN KUARI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

TAKLIMAT PROJEK AUDIT KENDIRI KEMAMPANAN PERASI KUARI DAN LOMBONG DI BAWAH PROJEK PEMANTAPAN PERASI KAWALSELIA DAN PENGUATKUASAAN PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN (POPP) SERTA SESI DIALOG BERSAMA PENGURUS LOMBONG DAN KUARI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

SHAH ALAM, JMGSWP, 15 September 2020 (Selasa) - Sesi taklimat projek audit dan dialog melibatkan 17 buah kuari dan 1 buah lombong dari negeri Selangor Darul Ehsan yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari JMGSWP, Tuan Ir. Juna Azleen Abdul Ghani.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 09/2020 DAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 09/2020 DAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

SHAH ALAM, (Rabu) 02 September 2020 - JMGSWP telah menganjurkan program majlis perhimpunan bulanan dan sambutan hari kemerdekaan yang ke-63 di mana ianya merupakan majlis perhimpunan pertama sejak bermulanya penularan wabak COVID-19. Majlis dimulakan dengan ucapan dan taklimat oleh Pengarah JMGSWP, Yang Berusaha En. Nicholas Jacob. Beliau serta keseluruhan warga mengalukan kedatangan En. Mohd Zulkiflee bin Che Soh, semoga beliau terus berbakti dengan cemerlang di negeri Selangor.

Majlis sambutan hari kemerdekaan diraikan secara sederhana yang dimulakan dengan sesi deklamasi sajak bertemakan patriotik oleh En. Mahat dan Pn. Diyana serta disusuli dengan nyanyian beramai-ramai tiga buah lagu kemerdekaan. Program perhimpunan diakhiri dengan sesi ceramah "Gaya Pemakanan Sihat" oleh Dr. Romzi bt. Mohd Ali, dari Jabatan Dietetik dan Sajian, Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur. Semoga warga JMGSWP memperolehi manfaat dari perkongsian ilmu kesihatan tersebut. Insha'Allah.  

 

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2019 DAN LAWATAN RASMI KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN  CEMERLANG 2019 DAN LAWATAN RASMI KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA

SHAH ALAM, 29 Jun 2020 (Isnin) - JMGSWP telah melangsungkan Majlis Penyampaian APC 2019 dan Lawatan Rasmi Ketua Pengarah JMG Malaysia, Datuk Hj. Shahar Effendi b. Abdullah Azizi bersama rombongan  di mana beliau diberi penghormatan untuk menyampaikan sijil penghargaan APC kepada En. Qalam A'zad Rosle, Pn. Nurulaiza Adnan dan En. Shah Hafizan Sohaimi yang mana  telah dipilih kali ini untuk menjadi warga contoh dan semoga ketekunan, kecekalan serta keikhlasan mereka dalam menjalankan tugas akan terus berkekalan agar dapat memberi inspirasi kepada keseluruhan warga JMGSWP pada masa akan datang, tahniah diucapkan. Sehubungan itu, Pengarah JMGSWP, Yang Berusaha En. Nicholas Jacob beserta kakitangan jabatan juga berkesempatan menganjurkan Majlis Sambutan Aidil Fitri serba ringkas dan sederhana dengan mematuhi S.O.P.  dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Terima kasih.

Baca selanjutnya

JMGSWP MEMULAKAN LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19

JMGSWP MEMULAKAN LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19

SHAH ALAM, 12 Mar 2020 - JMGSWP telah mengambil langkah awal  dengan melakukan aktiviti pembersihan dan nyahkuman pejabat bagi menangani penularan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19). Pihak pengurusan Bangunan Darul Ehsan kini  juga  sedang menjalankan ujian saringan suhu badan yang diwajibkan ke atas semua kakitangan dan pelawat yang datang berurusan di bangunan pentadbiran. Ujian saringan suhu badan yang membabitkan pintu masuk ke ruang lif lantai lobi dilakukan seawal jam 7.00 pagi sehingga 5.30 petang.

“Mencegah lebih baik daripada merawat" dan disebalik kebimbangan penularan Covid-19, JMGSWP mahu semua warga kerja dan pelawat berasa yakin dengan tahap keselamatan serta kebersihan pejabat.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 02/2020, MAJLIS PERPISAHAN TUAN PENGARAH DAN TIMBALAN PENGARAH UNIT PEMBANGUNAN LOMBONG DAN KUARI

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 02/2020, MAJLIS PERPISAHAN TUAN PENGARAH DAN TIMBALAN PENGARAH UNIT PEMBANGUNAN LOMBONG DAN KUARI

SHAH ALAM - 28 Februari 2020. Pada hari ini keseluruhan warga JMGSWP akan kehilangan seorang pengarah dan seorang timbalan pengarah yang sebenarnya membawa maksud mereka akan dipindahkan, iaitu Tuan Pengarah En. Jontih Enggihon yang telah berkhidmat selama 2 tahun 2 bulan di JMGSWP akan memulakan tugas beliau yang baru sebagai Pengarah JMG Sabah. Timbalan Pengarah Unit Pembangunan Lombong dan Kuari, En. Faizal bin Arshad pula yang telah berkhidmat di JMGSWP selama 5 tahun akan memulakan tugas beliau di Ibu Pejabat JMG.

Kami warga JMGSWP ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas sumbangan cemerlang, jasa dan pencapaian En. Jontih dan En. Faizal yang telah membawa JMG ke satu tahap lebih tinggi yang amat membanggakan dengan sokongan dan bantuan daripada semua kakitangan yang telah mampu memberikan yang terbaik dalam kerja berpasukan. Syabas.

Salam perpisahan dari kami, selamat maju jaya dan semoga tuan berdua akan terus cemerlang di tempat baru. Sekian terima kasih.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 01/2020

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 01/2020

SHAH ALAM, 31 Januari 2020 - JMGSWP telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 01/2020 di Bilik Kuarza, tingkat 7, Bangunan Darul Ehsan. Dalam majlis tersebut, pengarah negeri yang berusaha En. Jontih Enggihon mengambil peluang berkongsi maklumat berkenaan pencapaian dan kejayaan hasil sumbangan JMGSWP kepada kemajuan dan pembangunan negeri Selangor pada tahun 2019. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga JMGSWP. Majlis telah diakhiri dengan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada warga jabatan yang sihat sepanjang tahun 2019, khas untuk mereka yang tidak pernah mengambil cuti sakit. Tahniah sekali lagi, semoga JMGSWP akan terus maju menyumbang pada tahun 2020. Terima kasih.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERPISAHAN WARGA JMGSWP

MAJLIS PERPISAHAN WARGA JMGSWP

SHAH ALAM, 19 Disember 2019 - JMGSWP telah mengadakan majlis minum petang sempena perpisahan Tuan Muhammad Anasrullah bin Abd Rahim, Pegawai Geosains dari Unit Sumber Mineral yang akan bertukar ke BPT, Ipoh. Keseluruhan warga JMGSWP mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan terus cemerlang di tempat baru. Terima kasih dan selamat maju jaya tuan.

Baca selanjutnya

HARI KELUARGA JMGSWP 2019

HARI KELUARGA JMGSWP 2019

Pada 22 - 24 November 2019 (Jumaat - Ahad) yang lalu, Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Selangor/ Wilayah Persekutuan (KESUKSES) telah menganjurkan satu aktiviti tahunan, Hari Keluarga warga JMGSWP,  bertempat di Corus Paradise Resort, Port Dickson. Objektif utama acara tahunan hari keluarga ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara warga JMGSWP dan keluarga di samping meningkatkan  semangat kerjasama antara ahli kelab.

Pada tahun ini KESUKSES telah dapat mencapai penyertaan yang tertinggi setakat ini dengan penglibatan sebanyak 38 keluarga dengan seramai 86 ahli dewasa dan 26 orang kanak-kanak. Antara aktiviti yang telah berjaya dianjurkan adalah sukaneka kategori dewasa, wanita dan kakan-kanak, tarik tali campuran, berkayak serta 'banana boat ride'. Harapan aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mewujudkan persekitaran yang positif di tempat kerja dan menguatkan lagi keakraban sesama ahli kelab.

Baca selanjutnya