MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, PERPISAHAN PEGAWAI DAN CERAMAH SPRM

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, PERPISAHAN PEGAWAI DAN CERAMAH SPRM

JMGSWP, 02 September 2021 (Khamis) – Jabatan telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan. Pada majlis yang sama juga jabatan mengambil kesempatan untuk meraikan pertukaran pegawai dan disusuli sesi ceramah daripada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 09/2021 secara atas talian dimulakan pada pukul 9.00 pagi telah diacarakan oleh En. Khuzer b. Azmi, bacaan doa oleh En. Muhd Hafez b. Rusli, lafaz ikrar Integrity Perkhidmatan Awam daripada En. Shah Hafizan b. Sohaimi dan nyanyian lagu Negaraku. Pengarah, yang berusaha Tuan Haji Mohd Zulkiflee menyampaikan amanat dan diikuti dengan majlis perpisahan Puan Rohana bt. Saadin yang telah dinaikkan pangkat ke Gred JA36 dan dipindahkan ke Ibu Pejabat Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia (JUPEM) setelah menabur bakti selama 19 tahun di JMGSWP. Perpindahan beliau diibaratkan seperti kehilangan sebutir permata berharga untuk jabatan.

Untuk menyerikan lagi majlis sambutan bulan kemerdekaan, satu sesi ceramah bertajuk “Sejauh manakah integrity penjawat awam di kala pandemik” yang telah disampaikan oleh Tuan PKPj Rudzuan b. Abd Malik, Timbalan Pengarah (Pencegahan), SPRM Negeri Selangor. Majlis secara atas talian diakhiri dengan dua tanyangan video, bertajuk “Kemerdekaan Malaysia ke-64, Kibarkan jalur Gemilang” dan lagu patriotik “Warisan”.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE- 64

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE- 64

Pengarah, bersama warga Jabatan Mineral & Geosains Selangor/W. Persekutuan mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-64 kepada semua rakyat Malaysia. Kami bermohon kepadaMu ya Allah, agar membimbing kami menjadi rakyat yang mensyukuri nikmat kemerdekaan, menghargai nilai persaudaraan dan memelihara perpaduan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negara ini. Ameen.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 08/2021 JMGSELWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 08/2021 JMGSELWP

SELANGOR, Shah Alam, 04 Ogos 2021 - Majlis Perhimpunan Bulanan JMGSWP Bil. 08/2021 telah berlangsung dan dilaksanakan secara dalam talian (online ) sepenuhnya dengan mematuhi SOP Fasa Pertama, Pelan Pemulihan Negara memandangkan negeri Selangor masih  diletakkan di bawah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Majlis perhimpunan dimulakan pada pukul 9.00 pagi dan diacarakan oleh Cik Khairunnisa bt. Alias, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Hafeez b. Rusli serta bacaan lafaz ikrar oleh En. Ghazali b. A. Rahim. Pengarah JMGSWP, Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Zulkiflee b. Che Soh telah menyampaikan perutusan, amanat dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMGSWP yang hadir pada majlis perhimpunan bulanan kali ini.