GOMBAK, 21 Oktober 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah dijemput oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyertai Majlis Pelancaran "Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Batu Arang, Daerah Gombak Selangor Darul Ehsan" serta Majlis Perasmian Galeri Batu Arang, Gombak – Hulu Langat Geopark. Majlis Pelancaran dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari (YAB Dato’ Menteri Besar Selangor) sementara penerangan pameran galeri disampaikan oleh Tuan Pengarah JMGSWP , Encik Tuan Rusli bin Tuan Mohamed.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 10/2022
SHAH ALAM, 04 Oktober 2022 - Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Oktober 2022 telah berlangsung di JMGSWP tepat pada pukul 9.00 pagi dan pada majlis kali ini Tuan Pengarah JMGSWP, Encik Tuan Rusli bin Tuan Mohamed diperkenalkan kepada warga jabatan justeru menyampaikan ucapan dan amanat kali pertama beliau selaku Pengarah Negeri Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan.
SAMBUTAN KEDATANGAN PENGARAH BARU JMGSWP
MAJLIS SEJAMBAK KASIH SEKALUNG BUDI
SHAH ALAM, 30 September 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah mengadakan majlis perpisahan untuk meraikan Tuan Pengarah, Tuan Haji Mohd Zulkiflee bin Che Soh yang akan berpindah ke Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Majlis yang dianjurkan secara sederhana tetapi meriah dengan diwarnai aktiviti-aktiviti berpantun, deklamasi sajak, tayangan video montaj kenangan pengarah serta penyampaian cenderahati kepada tuan pengarah dan warga JMGSWP yang telah mengambil bahagian dalam acara sukan boling tertutup jabatan.
"Berdayung sampan ke tanah semenanjung,
Hendak membeli tikarlah rotan,
Budi dikenang bakti disanjung,
Kekal subur dalam ingatan."
MAJLIS ILMU - KELAS BAHASA MANDARIN
SHAH ALAM - 27 September 2022. Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah menganjurkan majlis ilmu iaitu kelas belajar bertutur dalam Bahasa Mandarin untuk warga jabatan. Sesi kelas diadakan di bilik Kuarza secara di dalam talian berlangsung selama dua jam telah memberi manfaat kepada warga JMGSWP dalam mempelajari penggunaan perkataan dan ayat asas yang mudah untuk berkomunikasi dalam Bahasa Mandarin.