MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 11/2022, BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 11/2022, BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT

SHAH ALAM, 11 November 2022 – Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/ Wilayah Persekutuan telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan beserta Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat.

Majlis bermula tepat pada puku 9.00 pagi, dipengerusikan oleh Cik Nurulain Syafira Adira dan bacaan doa oleh En. Mohd Hafeez. Pengarah JMGSWP, Yang Berusaha En. Tuan Rusli bin Tuan Mohamed telah menyampaikan perutusan beliau kemudian disusuli dengan tayangan  montaj bergambar aktiviti bulanan jabatan. Majlis perhimpunan diakhiri dengan sesi Bacaan Yasin dan Doa Selamat khas untuk warga jabatan yang sedang diuji dengan masalah kesihatan dan yang terkesan daripada bencana banjir. Semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM BAGI DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) BANDAR BATU ARANG, DAERAH GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN DAN PERASMIAN GALERI PAMERAN "GOMBAK - HULU LANGAT GEOPARK"

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM BAGI DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) BANDAR BATU ARANG, DAERAH GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN DAN PERASMIAN GALERI PAMERAN "GOMBAK - HULU LANGAT GEOPARK"

GOMBAK, 21 Oktober 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah dijemput oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyertai  Majlis Pelancaran "Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Batu Arang, Daerah Gombak Selangor Darul Ehsan" serta Majlis Perasmian Galeri Batu Arang, Gombak – Hulu Langat Geopark.  Majlis Pelancaran dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari (YAB Dato’ Menteri Besar Selangor) sementara  penerangan pameran galeri disampaikan oleh Tuan Pengarah JMGSWP , Encik Tuan Rusli bin Tuan Mohamed.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 10/2022

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 10/2022

SHAH ALAM, 04 Oktober 2022 - Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Oktober 2022 telah berlangsung di JMGSWP tepat pada pukul 9.00 pagi dan pada majlis kali ini Tuan Pengarah JMGSWP, Encik Tuan Rusli bin Tuan Mohamed diperkenalkan kepada warga jabatan justeru menyampaikan ucapan dan amanat kali pertama beliau selaku Pengarah Negeri Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan.

MAJLIS SEJAMBAK KASIH SEKALUNG BUDI

MAJLIS SEJAMBAK KASIH SEKALUNG BUDI

SHAH ALAM, 30 September 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah mengadakan majlis perpisahan untuk meraikan Tuan Pengarah, Tuan Haji Mohd Zulkiflee bin Che Soh yang akan berpindah ke Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Majlis yang dianjurkan secara sederhana tetapi meriah dengan diwarnai aktiviti-aktiviti  berpantun, deklamasi sajak, tayangan video montaj kenangan pengarah serta penyampaian cenderahati kepada tuan pengarah dan warga JMGSWP yang telah mengambil bahagian dalam acara sukan boling tertutup jabatan.

"Berdayung sampan ke tanah semenanjung,

Hendak membeli tikarlah rotan,

Budi dikenang bakti disanjung,

Kekal subur dalam ingatan."