LAWATAN PEMERIKSAAN TEKNIKAL "TRIAL BLASTING" PROJEK LALUAN REL PANTAI TIMUR (ECRL)

LAWATAN PEMERIKSAAN  TEKNIKAL "TRIAL BLASTING" PROJEK LALUAN REL PANTAI TIMUR (ECRL)

2 Mei 2023 - Taklimat dan Pemeriksaan Teknikal "Trial Blasting" Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 8 di Serendah, Selangor.

Tuan Pengarah JMGSWP, Encik Tuan Rusli bin Tuan Mohamed bersama pegawai dari Unit Pembangunan Lombong dan Kuari telah menghadiri taklimat dan sesi "Trial Blasting" oleh China Communication Constructions di sini.

Pemeriksaan turut dihadiri oleh Agensi Teknikal iaitu Jabatan Mineral dan Geosains Selangor dan Wilayah Persekutuan, Bahagian Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Selangor, Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor serta MRL.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 04/2023

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 04/2023

Pada 14 April 2023, Jabatan Mineral Dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan April 2023 yang telah dihadiri oleh hampir keseluruhan warga jabatan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku sereta bacaan Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam. Pengarah Negeri, Yang Berusaha Encik Tuan Rusli bin Tuan Mohamed menyampaikan Perutusan Pengarah dan disusuli sesi pengenalan kepada dua orang pegawai yang baru melaporkan diri ke JMGSWP. Para hadirin seterusnya disajikan dengan persembahan tanyangan montaj bergambar sebelum diakhiri sesi penyampaian cenderahati kuih raya kepada semua ketua Unit serta warga jabatan.

 

 

SESI PEMBENTANGAN LAPORAN PENILAIAN GEOLOGI BAGI PROJEK KL NODE HIGHWAY

SESI PEMBENTANGAN LAPORAN PENILAIAN GEOLOGI BAGI PROJEK KL NODE HIGHWAY

SHAH ALAM, JMGSWP - 10 April 2023  -  Sesi perbincangan laporan penilaian geologi bagi cadangan projek Lebuh Raya KL NODE telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza. Perbincangan menfokuskan tentang keperluan teknikal dalam projek berkenaan selaras dengan hasrat pembangunan mampan. Perbincangan dipengerusikan oleh Tuan Pengarah JMG Selangor/Wilayah Persekutusan, Encik Tuan Rusli bin Tuan Mohamed.

SESI KUNJUNGAN HORMAT PROFESOR DR. TAKAKO DAN PUAN ERIKO KE JMGSWP

SESI KUNJUNGAN HORMAT PROFESOR DR. TAKAKO DAN PUAN ERIKO KE JMGSWP

SHAH ALAM, JMGSWP, 23 Mac 2023 - Kujungan hormat oleh Profesor Dr. Takako Izumi dari Tohoku University, Sendai, Jepun dan Puan Eriko Motoyama dari Program Perkongsian JICA, dalam "Memperkasakan Amalan Pengurangan Risiko Bencana (DRR-Disaster Risk Reduction) untuk Meningkatkan Keselamatan dalam Komuniti dengan Memahami Risiko Bencana (SeDAR)".

Sesi pertemuan juga meliputi perbincangan teknikal dalam mempertingkatkan keberkesanan program CBDRM (Community Based Disaster Risk Management) dan peluang kerjasama JMG-SeDAR bagi menampakkan peranan jabatan tentang pengurangan risiko bencana dalam komuniti.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN PERPISAHAN TIMBALAN PENGARAH JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN PERPISAHAN TIMBALAN PENGARAH JMGSWP

SHAH ALAM, 14 Mac 2023 – JMGSWP telah menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Mac 2023 serta Majlis Perpisahan Timbalan Pengarah yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 7, Bangunan Darul Ehsan.

Pada perhimpunan kali ini, sesi bacaan doa diketuai oleh En. Mohd. Fauzi bin Abd Majid, Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam oleh En. Muhammad Harith bin Hamdan dan majlis diacarakan oleh En. Azira bin Ramely. 

Setelah selesainya amanat daripada Tuan Pengarah, Yang  Berusaha, En. Tuan Rusli b. Tuan Mohamed, majlis diserikan pula dengan Majlis Perpisahan Timbalan Pengarah En. Edward Muol yang akan memulakan tugas beliau di JMG Sarawak setelah dua tahun menabur bakti di Negeri Selangor. Terima kasih Tuan Edward dan semoga terus cemerlang di tempat baru.