MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, PERPISAHAN PEGAWAI DAN TAKLIMAT KEFAHAMAN GEOTAPAK BEKAS LOMBONG BATU ARANG

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, PERPISAHAN PEGAWAI DAN TAKLIMAT KEFAHAMAN GEOTAPAK BEKAS LOMBONG BATU ARANG

SELANGOR, Batu Arang, 21 Disember 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah mengadakan Majlis Perhimpunan bulanan dan Majlis Perpisahan Puan Marina Mansor di Dewan MPKK Batu Arang. Terima kasih diucapkan kepada Puan Marina di atas khidmat sepanjang sembilan tahun berada di JMGSWP. Semoga terus berjaya dan cemerlang di tempat baru.

Disamping itu, Jabatan juga telah mengadakan Program Taklimat Kefahaman Geotapak Bekas Lombong Batu Arang. Taklimat Kefahaman Geotapak disampaikan oleh Pengarah JMGSWP, Yang Berusaha En. Tuan Rusli bin Tuan Mohamed, Pegawai Geosains En. Rahman dan En. Wan Neqhaikal. Selain itu taklimat di geotapak juga disampaikan oleh En. Jabar selaku Wakil Persatuan Batu Arang dan juga penduduk Batu Arang. Program ini bertujuan bagi memberi maklumat kepada seluruh kakitangan JMGSWP berkenaan sejarah dan penubuhan Geotapak Bekas Lombong Batu Arang. 

Tayangan Virtual Tour 3D Model Bandar Batu Arang ditayangkan di Galeri Batu Arang. Virtual Tour 3D ini menayangkan secara gambaran keadaan Bandar Batu Arang pada awal dahulu serta menunjukkan gambaran lokasi sebenar lombong batu arang.

Lawatan ke Geotapak meliputi kawasan iaitu :

  1. Bekas Tasik Lombong
  2. Corong Udara (Airshaft)
  3. Terowong No.2
  4. Galeri Batu Arang

PENGIKTIRAFAN GOMBAK HULU LANGAT GEOPARK SEBAGAI GEOPARK KEBANGSAAN KE-7 MALAYSIA

PENGIKTIRAFAN GOMBAK HULU LANGAT GEOPARK SEBAGAI GEOPARK KEBANGSAAN KE-7 MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 17 Disember 2022 - Saksikan temubual di Awani Pagi tentang Pengiktirafan Gombak Hulu Langat Geopark Kebangsaan Ke-7 Malaysia esok (Sabtu, 17 Disember 2022) pada jam 8.30 pagi, bersama Tuan Azrul Shah bin Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor dan Tuan Rusli bin Tuan Mohamed, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan.

 

Pelbagai perbincangan menarik akan dikongsikan berkaitan misi Projek Gombak Hulu Langat Geopark.

 

#PusingSelangorDulu #SplendidSelangor

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS PERASMIAN "TUNNEL 2 BREAKTHROUGH"

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS PERASMIAN "TUNNEL 2 BREAKTHROUGH"

HULU LANGAT, 13 DISEMBER 2022 – Jabatan Mineral dan Geosains Selangor / Wilayah Persekutuan (JMG SWP) telah dijemput menghadiri Majlis Perasmian Tunnel 2 Breakthrough bagi Cadangan Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Pengagihan Air di Negeri Selangor / Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan IInfra Sdn. Bhd. dengan dihadiri Agensi Teknikal Berkaitan iaitu JMG SWP, Bahagian Persenjataan Ibupejabat Polis Kontinjen Selangor serta Ketua Balai Polis Hulu Langat dan kontraktor yang telah dilantik bagi menjalankan kerja letupan terowong iaitu Ota Tunnel Squad Sdn. Bhd. dan Protext Construction (M) Sdn. Bhd.

Projek ini adalah melibatkan pembinaan dua buah terowong air terawat bagi menyalurkan air terawat dari kolam air imbangan Hulu Langat ke kolam air Ampang sepanjang 1050 meter bagi setiap satu terowong.

JMGSWP telah terlibat secara langsung sebagai agensi teknikal yang mengawalselia, memberi nasihat dan mengeluarkan surat sokongan teknikal bagi menjalankan kerja-kerja letupan di tapak berkenaan agar kerja letupan yang dijalankan mengikut Garis Panduan Kerja Letupan Pembangunan JMG.GP.11

LAWATAN TAPAK SIASATAN BENCANA TANAH RUNTUH DI TAMAN HALAMAN, AMPANG JAYA, SELANGOR

LAWATAN TAPAK SIASATAN BENCANA TANAH RUNTUH DI TAMAN HALAMAN, AMPANG JAYA, SELANGOR

SELANGOR, Ampang Jaya, 10 Disember 2022 - Pasukan Penyiasat Bencana Geologi JMG Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan telah digerakkan ke lokasi tanah runtuh di Taman Halaman yang berlaku pada pada 9/12/22 bagi melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke atas cerun dan kawasan sekitar. Pemeriksaan turut dijalankan bersama pihak MPAJ, Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor serta Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya (CKC-JKR). Kejadian ini telah mengakibatkan kerosakan pada struktur rumah serta pengosongan beberapa buah rumah.

Tujuan pemeriksaan tapak dilakukan adalah untuk mengenalpasti bahaya geologi (geological hazard) dan tahap kestabilan semasa kawasan terlibat (level of current stability) serta mengenalpasti kemungkinan punca yang mencetus kejadian tanah runtuh yang dilaporkan. Pemeriksaan pihak JMG tertumpu pada aspek geologi dan geomorfologi setempat dalam mengenalpasti punca runtuhan dan cadangan langkah kawalan dan mitigasi yang perlu.

Pihak Jabatan sentiasa bersedia untuk memberikan sebarang input terutama berkaitan aspek geologi/geologi kejuruteraan permukaan dan subpermukaan tapak dan kawasan sekitar akibat bencana geologi tanah runtuh.