SESI PERBINCANGAN JMGSWP BERSAMA BRITISH GEOLOGICAL SURVEY (BGS)

SESI PERBINCANGAN JMGSWP BERSAMA BRITISH GEOLOGICAL SURVEY (BGS)

SELANGOR, 30 Januari 2024 - Sesi "Brainstorming" Projek Pemetaan Geologi Subpermukaan Greater K.L. bersama pasukan British Geological Survey (BGS), serta cadangan kerjasama masa akan datang.

Perbincangan melibatkan penglibatan kesemua sub-bidang geologi (GeoDiversity) bagi memastikan hasil yang dihasilkan adalah holistik dan berkesan.

Lawatan kerja juga diadakan ke Geotapak Batu Arang bagi berkongsi pandangan diantara kedua belah pihak.

Sesi ini diketuai oleh pengarah JMG Selangor/Wilayah Persekutuan iaitu P.Geol. Tuan Rusli, disertai timbalan P.Geol. En. Qalam A'zad, kakitangan Unit Geologi Kejuruteraan serta Unit Hidrogeologi.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP

SELANGOR, Shah Alam, 22 Januari 2024  -  Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan yang pertama untuk tahun 2024 telah berlangsung di Bilik Kuarza, tingkat 7, Bangunan Darul Ehsan. Kehadiran warga jabatan adalah pada majlis kali ini adalah melebihi sembilan puluh peratus. Majlis perhimpunan diakhiri dengan taklimat cara memohon kebenaran untuk meninggalkan  pejabat dalam waktu bekerja yang terkandung di bawah perintah Am 5 Bab G yang telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Tadbir, Puan Nurfaten Nadia binti Mohd Zaman.

Biarpun tahun bersilih ganti, namun tujuan kita tetap sama iaitu berazam untuk menjadi lebih baik atau lebih sempurna pada setiap tahun bahkan setiap hari yang berlalu.

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI SELANGOR KE PEJABAT PENGARAH JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI SELANGOR KE PEJABAT PENGARAH JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA  SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN

SHAH ALAM, 12 Januari 2024 - Pengarah JMG Selangor Encik Tuan Rusli bin Tuan Mohamed telah menerima kunjungan hormat dari Jabatan Perangkaan Negeri Selangor (DOSM) yang diketuai oleh Puan Hartini binti Yaacob, Pengarah DOSM bersama-sama para pegawainya pada 12hb Januari 2024. Turut hadir bersama adalah Timbalan-Timbalan Pengarah serta beberapa Pegawai Kanan JMGSWP.

Sesi kunjungan hormat ini bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan dan input dalam melaksanakan sesi Banci 2024 yang dirancang dengan objektif menyediakan data tentang struktur dan penyelarasan statistik semasa. Tuan Pengarah juga telah menerangkan kepada rombongan tentang peranan Jabatan serta input berkaitan statistik mineral seperti pengeluaran mineral dan bahan batuan, penggunaan bahan mineral dalam industri serta dagangan luar negara berkaitan mineral.

Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan tersebut.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP DAN PERPISAHAN PEGAWAI

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP DAN PERPISAHAN PEGAWAI

SHAH ALAM, 12 Disember 2023 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan yang terakhir iaitu Bilangan 12/2023 bagi Tahun 2023 beserta Majlis Perpisahan Pegawai bagi meraikan perpindahan dua warga jabatan iaitu Encik Azmi bin Abu Bakar yang akan bertukar ke Jabatan Mineral dan Geosains Perak dan Encik Mat Wadi bin Ab Satar yang akan berpindah ke Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan/Melaka.