MAJLIS SEJAMBAK KASIH SEKALUNG BUDI

MAJLIS SEJAMBAK KASIH SEKALUNG BUDI

SHAH ALAM, 30 September 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah mengadakan majlis perpisahan untuk meraikan Tuan Pengarah, Tuan Haji Mohd Zulkiflee bin Che Soh yang akan berpindah ke Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Majlis yang dianjurkan secara sederhana tetapi meriah dengan diwarnai aktiviti-aktiviti  berpantun, deklamasi sajak, tayangan video montaj kenangan pengarah serta penyampaian cenderahati kepada tuan pengarah dan warga JMGSWP yang telah mengambil bahagian dalam acara sukan boling tertutup jabatan.

"Berdayung sampan ke tanah semenanjung,

Hendak membeli tikarlah rotan,

Budi dikenang bakti disanjung,

Kekal subur dalam ingatan."

MAJLIS ILMU - KELAS BAHASA MANDARIN

MAJLIS ILMU - KELAS BAHASA MANDARIN

SHAH ALAM - 27 September 2022.   Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan  telah  menganjurkan  majlis ilmu iaitu kelas belajar bertutur dalam Bahasa Mandarin untuk warga jabatan.  Sesi kelas diadakan di bilik Kuarza secara di dalam talian berlangsung  selama dua jam telah memberi manfaat kepada warga JMGSWP dalam mempelajari  penggunaan perkataan dan ayat asas yang mudah untuk berkomunikasi dalam  Bahasa  Mandarin.

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH JMGSWP BERSAMA SPRM

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH JMGSWP BERSAMA SPRM

SHAH ALAM , 19 September 2022 – Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/ Wilayah Persekutuan telah menerima kunjungan hormat Pengarah SPRM Negeri Selangor, TPj Dato' Haji Alias bin Salim bersama rombongan sempena Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Selangor.

Aturcara majlis dimulakan tepat pada pukul 2.30 petang dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan ucapan aluan daripada Pengarah JMGSWP, Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Zulkiflee bin Che Soh. Seterusnya warga JMGSWP disajikan dengan tayangan montaj SPRM dan disusuli taklimat daripada Pengarah SPRM. Majlis telah berakhir dengan sesi lafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP DAN SAMBUTAN HARI MERDEKA KE 65 PERINGKAT JABATAN

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP DAN SAMBUTAN HARI MERDEKA KE 65 PERINGKAT JABATAN

SHAH ALAM, Jumaat, 02 September 2022 – Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan bersama sambutan Hari Kemerdekaan ke 65 peringkat jabatan untuk tahun ini.

Program majlis perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, bacaan Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam, perutusan pengarah oleh Yang Berusaha Tuan Edward Muol selaku Timbalan Pengarah JMGSWP dan disusuli dengan tayangan montaj aktiviti jabatan sepanjang bulan Ogos 2022.

Pada sesi majlis sambutan Hari Kemerdekaan pula suasana dihiasi dan diwarnai dengan aktiviti-aktiviti nyanyian lagu “Tanggal 31”, deklamasi sajak serta pertandingan dan penyampaian hadiah kepada dua pemenang yang berjaya mempamerkan wajah-wajah patriotik.

LAWATAN KE PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN, KUALA GANDAH

LAWATAN KE PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN, KUALA GANDAH

LANCHANG, PAHANG, 30 Ogos 2022 - Kelab sukan dan kebajikan JMGSWP telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang. Aktiviti program lawatan ini dapat memberikan pendedahan kepada warga JMGSWP tentang ilmu dalam Bidang Biodiversity di samping  bertujuan merapatkan hubungan siratulrahim di antara kakitangan jabatan-jabatan yang berada di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Program lawatan seperti ini diharap dapat dijadikan sebagai aktiviti sosial pada masa akan datang.