MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN TELAGA TIUB DAN SISTEM PENAPISAN AIR TANAH RINGKAS (SPATR) KE MASJID AL-HASANAH, bandar baru BANGI

MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN TELAGA TIUB DAN SISTEM PENAPISAN AIR TANAH RINGKAS (SPATR) KE MASJID AL-HASANAH, bandar baru BANGI

Pada 18 April 2018, Majlis Perasmian dan Penyerahan Telaga Tiub dan Sistem Penapisan Air Tanah Ringkas kepada Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JMG Malaysia YBhg. Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Aziz. Pengarah JMGSWP Yang Berusaha En. Jontih Enggihon bersama Dato' Haji Abdullah bin Md Din, Nazir Masjid Al-Hasanah telah menandatangan dokumen penyerahan dan disusuli dengan lawatan ke tapak telaga tiub. Majlis diserikan dengan kehadiran wakil-wakil JMG negeri, pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dan orang awam.

PENERANGAN PROJEK

Projek pembinaan telaga tiub dan Sistem Penapisan Air Tanah Ringkas (SPATR), Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi merupakan projek yang dilaksanakan di bawah Projek Bekalan Air di Kawasan-kawasan Bermasalah Bekalan Air Bersih, RMKe-11.

Jabatan telah menerima permohonan daripada Masjid Al-Hasanah yang mengalami masalah bekalan air yang tidak dapat menampung keperluan komuniti setempat terutamanya ketika musim kemarau. Sehubungan dengan itu, sebuah telaga tiub telah dibina di sini dengan kedalaman 81 meter di dalam batuan syis, Formasi Kajang dengan luahan sebanyak 5,000 liter/jam. Telaga tiub ini telah dipasang dengan Sistem Penapisan Air Tanah Ringkas (SPATR). Sistem penapisan ini telah berjaya meningkatkan kualiti air tanah. Antara aspek kualiti air tanah yang berjaya ditingkatkan ialah kandungan unsur besi yang telah dikurangkan daripada 5 ppm ke 0.3 ppm. Warna keperangan air juga telah berubah menjadi jernih. Telaga tiub dan sistem ini telah berjaya menyediakan sumber air bersih yang berterusan dan memberi manfaat kepada qariah masjid dan komuniti setempat.

Baca selanjutnya

"BRAINSTORMING" PENSTRUKTURAN JABATAN JMG SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN

"BRAINSTORMING" PENSTRUKTURAN JABATAN JMG SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN

Pada 16 Mac 2018, Sesi "Brainstorming Pengstrukturan JMGSWP" telah diadakan untuk mengumpul cadangan pemanbahbaikan dan maklumbalas dari semua lapisan warga JMGSWP. Sesi perbincangan tersebut dipengerusikan oleh Pengarah, En. Jontih Eggihon dan hasilnya akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Pengarah-Pengarah Negeri dan Mesyuarat Penstrukturan Jabatan yang akan berlangsung di Porty Dickson.

Baca selanjutnya

PENGLIBATAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA DALAM PROGRAM KESEDARAN DAN UJICUBA PROSEDUR TETAP OPERASI BAGI KEBAKARAN GAMBUT NEGERI SELANGOR DI BUKIT CHEDING PADA 21 MAC 2018

PENGLIBATAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA DALAM PROGRAM KESEDARAN DAN UJICUBA PROSEDUR TETAP OPERASI BAGI KEBAKARAN GAMBUT NEGERI SELANGOR DI BUKIT CHEDING PADA 21 MAC 2018

Program Program Kesedaran Dan Ujicuba Prosedur Tetap Operasi Bagi Kebakaran Gambut Negeri Selangor anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Cheding, Kampung Seri Cheeding, 42600 Jenjarom, Selangor pada 21 Mac 2018. Seramai lebihkurang 500 orang penduduk kampung yang terdiri daripada kaum Orang Asli telah hadir ke program tersebut.

Dalam program tersebut, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan telah memberikan taklimat bertajuk peranan Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia dalam Jawatankuasa Mencegah Kebakaran Tanah Gambut Bagi Mengatasi Jerebu. Taklimat telah diberikan oleh Puan Hasnida bt Zabidi, Ketua Pegawai Geosains, JMG Malaysia, Selangor/W.Persekutuan. Taklimat-taklimat berkaitan berkaitan kebakaran gambut juga telah diberikan oleh Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Selain daripada itu, JMG juga telah membuat pameran ringkas tentang telaga air tanah dan peranan JMG dalam menangani masalah gambut terbakar. Pameran dan penerangan yang diberikan telah menarik ramai pengunjung ke tapak pameran JMG. Program ini telah berjaya memberikan kesedaran terhadap masyarakat awam di kampung tersebut tentang masalah kebakaran gambut dan cara mengatasinya.

Baca selanjutnya

sesi perbincangan jmgselwp bersama british geological survey (bgs) bagi projek geo 3d - kl bil. 1/2018

sesi perbincangan jmgselwp bersama british geological survey (bgs) bagi projek geo 3d - kl bil. 1/2018

Shah Alam, 21 Mac 2018 bertempat di JMGSWP. Sesi perbincangan berkenaan cadangan Projek GEO 3D-KL yang dirancang dengan kerjasama BGS telah diadakan susulan dari program lawatan tapak sekitar Negeri Selangor dan Kuala Lumpur dari 20 - 23 Februari 2018 yang lalu. Hasil dari lawatan tersebut pihak BGS telah mengemukakan pelan perancangan bagi JMGSWP untuk program selama 12 bulan kehadapan serta membincang mengenai hala tuju dan penglibatan bersama pihak-pihak yang berpotensi.

Baca selanjutnya

Perhimpunan bulanan jmgswp bil. 02/2018

Perhimpunan bulanan jmgswp bil. 02/2018

Perhimpunan Bulanan Bil. 02/2018 telah diadakan pada 26 Februari 2018 di Bilik Kuarza JMGSWP. Pengarah, En. Jontih telah memberi taklimat berkenaan aktiviti-aktiviti bulanan jabatan, berkongsi maklumat semasa terkini serta cadangan penambahbaikan untuk jabatan. 

JMGSWP juga mengalukan kedatangan dua warga iaitu Pn. Rozaidah bt. Othman (Pembantu Tadbir Gred N22) dan En. Airul Izzuddin b. Ali Hassan (Pembantu Geosains Gred C26), semoga mereka dapat mencurah bakti cemerlang yang berterusan di JMGSWP. Terima kasih.

Baca selanjutnya