Hari Inovasi 2017

Sambutan Hari Inovasi JMG Malaysia Terengganu (JMG Terengganu) telah diadakan pada 9 November 2017 bertempat di Bilik Kasiterit, JMG Terengganu. Sambutan Hari Inovasi ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang nilai-nilai inovasi dan memperkukuh budaya inovasi di kalangan kakitangan serta memperbaharui komitmen organisasi terhadap peningkatan inovasi. Dalam majlis tersebut, ucapan Hari Inovasi daripada tuan Ketua Pengarah JMG Malaysia, Tuan Haji Shahar Effendi  Abdullah Azizi, telah dibacakan oleh Timbalan Pengarah JMG Terengganu, Encik Che Aziz Che Soh. Sambutan tersebut turut diwarnai dengan tayangan montaj Hari Inovasi yang meyiarkan pendapat sebilangan kakitangan mengenai inovasi. Turut diadakan acara kuiz, dan para pemenang acara kuiz berkenaan diberikan cenderamata kemenangan.

Sambutan tersebut yang diadakan bersekali dengan Perhimpunan Bulanan turut diselitkan dengan ceramah mengenai Keselamatan Kebakaran yang disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Penolong Penguasa Bomba Ahamd Shah Mohd Ariffin. Dalam ceramah tersebut, pegawai bomba berkenaan menekankan kepentingan memahami kaedah menyelamatkan diri secepat mungkin. Ini termasuklah menyediakan laluan keluar yang pantas dan mencukupi serta memastikan tidak terdapat halangan yang mengehadkan pergerakan pada laluan tersebut. Jika diamati, ciri-ciri yang dinyatakan tidak terdapat pada bangunan pejabat JMG Terengganu sedia ada, memandangkan cuma ada satu laluan keluar sahaja yang dibuka pada setiap masa pejabat beroperasi. Pihak pengurusan disaran mengambil langkah sesuai bagi mengatasi masalah tersebut.

 bomba

 che aziz inovasi

staff inova

 

Written by : Abelong