Sorotan Aktiviti 2017 JMG Terengganu

SUKAN DALAMAN KESKET

Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Malaysia Terengganu (KESKET) telah mengadakan Sukan Dalam 2017 pada 2 Mei 2017 di Bilik Kesiterit JMG Terengganu. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah Dam Aji, Congkak, Dart, Pingpong dan Bowling.

 

IMG 1666

dam aji

PAMERAN MUZIUM SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN

JMG Malaysia Terengganu dengan kerjasama Muzium Geologi, Bahagian Perkhidmatan Teknikal JMG Malaysia telah menyertai Pameran Muzium Sedunia peringkat Kebangsaan di perkarangan Muzium Terengganu pada 14-21 Mei 2017.

Picture1

 PROGRAM RESTORASI KARANG SEMPENA HARI LAUT SEDUNIA DI PULAU REDANG

Pegawai dan kakitangan JMG Malaysia Terengganu telah menghadiri Program Restorasi Karang di Pulau Redang pada 7 Ogos 2017. Program tersebut yang dianjurkan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia telah dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Datuk Seri Dr Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Program tersebut yang bertujuan menumpukan usaha konservasi di kawasan terumbu karang yang terjejas akibat pelbagai faktor, turut direkodkan di dalam Malaysia book of Records.

nubin

PERSEMBAHAN LAPORAN AKHIR PELAJAR INDUSTRI

JMG Malaysia Terengganu telah mengadakan persembahan Laporan Akhir Pelajar Industri yang mengikuti latihan di Jabatan ini. Pesembahan pelajar tersebut yang dibentangkan pada 16 Ogos 2017 di Bilik Kasiterit, turut dihadiri oleh Pensyarah penyelia pelajar tersebut.

li edit

PROGRAM PENANAMAN BAKAU DI BAKAU TINGGI KEMAMAN SEMPENA HARI HUTAN SEDUNIA

Pegawai dari JMG Malaysia Terengganu telah menghadiri Program Penanaman Bakau di Bakau Tinggi Kemaman sempena Hari Hutan Sedunia pada 7 September 2017. Program tersebut yang dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Datuk Seri Dr Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Program tersebut bertujuan menumpukan usaha konservasi di kawasan bakau dan pemuliharaan ekosistem hutan.

hari hutan

PROGRAM SANTAI SAMPAN KOLEK DI MUZIUM NEGERI

Sebilangan pegawai dan kakitangan JMG Malaysia Terengganu telah menyertai Program Santai Sampan Kolek di Muzium Negeri Terengganu pada 30 September 2017. Program ini diadakan dengan kerjasama Muzium Negeri Terengganu bertujuan memupuk semangat berkerjasama disamping menimba pengalaman mengayuh sampan dan memperkenalkan budaya Negeri Terengganu.

perahu kolek3

 MAJLIS PERSARAAN ENCIK IDERIS MUHAMAD DAN PERTANDINGAN BOWLING KESKET

JMG Malaysia Terengganu menyaksikan kehilangan seorang lagi kakitangan, iaitu En Ideris Muhamad yang bersara pilihan pada  30 September 2017. Majlis persaraan beliau telah diadakan pada 1 Oktober 2017. Majlis tersebut yang diadakan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Malaysia Terengganu (KESKET) adalah bertujuan menghargai sumbangan beliau selama berkhidmat di JMG Malaysia Terengganu. Seluruh warga JMG Malaysia Terengganu merakamkan ucapan Selamat Bersara kepada Encik Ideris Muhamad.

Majlis tersebut juga diadakan bersekali dengan Perhimpunan Bulanan dan pada perhimpunan kali ini turut diselitkan sesi ceramah mengenai Cadangan Geopark Kenyir oleh Cik Azrah Atan, pegawai Aktiviti Pemetaan JMG Malaysia Terengganu.

Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Malaysia Terengganu (KESKET) telah menganjurkan Pertandingan Bowling di kalangan ahli pada 1 Oktober 2017 di Coral Crown Bowl, Paya Bunga Square Centre.

"WORKSHOP ON TRENCHING FOR ACTIVE FAULT 2017" DI TERENGGANU

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Terengganu dengan kerjasama Unit Pembangunan Modal Insan (PMI), Ibu Pejabat JMG Malaysia telah menganjurkan satu bengkel bertajuk "Workshop on Trenching for Active Fault Study" pada 17-20 Oktober 2017, di Kuala Terengganu dan Kg Tepus, Jerangau, Dungun. Bengkel tersebut yang bertujuan memberikan pendedahan berkaitan Kajian Paleoseismik Kaedah Perparitan telah disertai oleh seramai 55 orang pegawai-pegawai dan kakitangan JMG seluruh Malaysia, termasuk kalangan urusetia program serta dua pegawai daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia). Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JMG Malaysia Terengganu, En. Che Aziz Che Soh pada 17 Oktober 2017.

Pada bengkel tersebut dua penceramah dari Negara Thailand dan seorang penceramah tempatan telah memberikan syarahan yang berkaitan dengan bidang kepakaran masing-masing. Mereka adalah En. Suwith Kosuwan dan En. Kitti Khaowiset daripada Jabatan Sumber MIneral Thailand (Department of Mineral Resources Thailand) dan Prof Madya Mustaffa Kamal Shuib dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Sesi syarahan telah dilangsungkan di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu sementara sesi latihan diadakan semasa kerjalapangan perparitan telah diadakan di Kg Tepus, Jerangau Dungun.

 

IMG-20171017-WA0039

 

IMG-20171019-WA0013

 

PAMERAN DI PUSAT SAINS KG. LAUT KUALA TERENGGANU

JMG Malaysia Terengganu telah menyertai pameran sempena Kuiz Alam Sekitar yang dianjurkan oleh Pusat Sains Terengganu di Pusat Sains Terengganu, Kg Laut pada 22 Oktober 2017. 

IMG 1563

Written by : Abelong