PERTEMUAN ANTARA PERSATUAN KUARI TERENGGANU DENGAN PENGARAH JMG MALAYSIA, TERENGGANU

PERTEMUAN ANTARA PERSATUAN KUARI TERENGGANU DENGAN PENGARAH JMG MALAYSIA, TERENGGANU

Kuala Terengganu, 11 Februari 2018 – Persatuan Kuari Negeri Terengganu telah mengadakan kunjungan bagi bertemu dengan pengarah JMG Malaysia, Terengganu yang baru. Sesi perbincangan telah diadakan bagi mengetahui status, dan perkembangan kuari di negeri ini. Perbincangan ini juga bertujuan untuk bertukar buah fikiran bersama supaya tujuan utama iaitu memberikan perkhidmatan yang terbaik antara jabatan, kerajaan negeri dan rakyat. Pertemuan ini turut dihadiri oleh Ketua Unit Lombong dan Kuari yang baru iaitu En. Azihan bin Mat Arshad.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN TAARUF BERSAMA PENGARAH JMG TERENGGANU.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN TAARUF BERSAMA PENGARAH JMG TERENGGANU.

Kuala Terengganu, 31 Januari 2018 - Majlis Perhimpunan Bulanan dan Suai kenal antara Kakitangan JMG Terengganu bersama Pengarah baru, En. Azemi Hj Eki telah berlangsung. Majlis ini dimulakan dengan taklimat dari Tuan Pengarah mengenai perancangan dan perjalanan jabatan pada tahun 2018 dan diikuti dengan sesi memperkenalkan diri oleh semua kakitangan.

KEJOHANAN BOWLING KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JMG MALAYSIA, TERENGGANU (KESKET)

KEJOHANAN BOWLING KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JMG MALAYSIA, TERENGGANU (KESKET)

KUALA TERENGGANU, 14 JANUARI 2018 – Memasuki tahun baru 2018, biro sukan telah menganjurkan kejohanan bowling di Carol Crown Bowl, Paya Bunga Square, Kuala Terengganu. Seramai 17 peserta bertanding bagi merebut hadiah lumayan yang disediakan oleh penganjur pertandingan. Matlamat utama aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturahim, mengurangkan ‘stress’ di tempat kerja dan membentuk semangat sepasukan.