PERTUKARAN IR TAN HAI HONG KE JMG IPOH

PERTUKARAN IR TAN HAI HONG KE JMG IPOH

KUALA TERENGGANU, 9 JANUARI 2018 - JMG Malaysia Terengganu telah mengadakan Majlis pertukaran Ir. Tan Hai Hong ke JMG Malaysia Perak yang akan berkuat kuasa pada 16 Januari 2018. Timbalan Pengarah, En. Che Aziz Che Soh didalam ucapannya menyampaikan penghargaan atas sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di sini.

IMBAUAN.....2017

Sepanjang tahun 2017, JMG Malaysia Terengganu telah kehilangan beberapa pegawai kanan dan kakitangan disebabkan bertukar pejabat@cawangan dan bersara.  Antara pegawai dan kakitangan yang bertukar ialah Tn.Hj Mohd Zukeri Ab Ghani(Ibu Pejabat), Tn. Hj Che Abdul Rahman Jaafar(JMG Kedah), En. Abdul Hadi Abdul Rahman(JMG Selangor), En. Suhaimizi Yusof (Ibu Pejabat), En. Abdul Haziq Yusof(JMG Selangor) dan Cik Ramlah Mamat(JPS Terengganu).

Antara kakitangan yang bersara pula ialah En. Tuan Syed Tuan. Besar, En. Ideris Muhamad, En. Sagnal Mat Shah dan Pn. Manir Marwan.

Doa kami, warga JMG Terengganu semoga pegawai yang bertukar akan terus berkhidmat dengan lebih cemerlang di tempat baru dan yang telah bersara ucapan terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di JMG Malaysia.

 

PROGRAM SANTAI PETANG HI TEA SESAMA AHLI KESKET

Pada petang Rabu, 20 Disember 2017, buat kali pertamanya, KESKET telah mengaturkan suatu program minum petang yang dinamakan Santai Petang, Hi-tea Sesama Ahli. Selain dari penyediaan makanan dan minuman, program pada petang tersebut yang dibuat secara tidak formal, turut dimeriahkan dengan permainan dart, dan menimbang bola ping-pong. Para pemenang turut menerima cenderamata yang disampaikan oleh Pemangku Pengerusi KESKET.

Program ini bertujuan memperkenalkan makanan tradisional Terengganu yang jarang-jarang ditemui, disamping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli. Diharap program ini akan dapat diteruskan dari semasa ke semasa. Kepada seluruh ahli KESKET yang menjadi urusetia dan menjayakan program, diucapkan syabas dan jutaan terima kasih.

Picture2

pingpong3

santai eat

dart

dart2

santai

 

MAJLIS MERAIKAN PERTUKARAN EN ABDUL HAZIQ YUSUF

 

JMG Malaysia Terengganu menyaksikan kehilangan seorang lagi kakitangan yang dipindahkan ke cawangan lain. Beliau ialah En. Abdul Haziq Yusuf, Pembantu Geosains berpindah ke JMG Malaysia Selangor/ Wilayah Persekutuan mulai 2 Januari 2018. Majlis perpisahan bagi meraikan beliau telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kasiterit, JMG Malaysia Terengganu pada 19 Disember 2017. Majlis tersebut yang diadakan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Malaysia Terengganu (KESKET) adalah bertujuan menghargai sumbangan beliau selama berkhidmat di JMG Malaysia Terengganu. Seluruh warga JMG Malaysia Terengganu merakamkan ucapan Selamat Menjalankan Tugas di tempat baharu kepada En Abdul Haziq Yusuf.

 

haziq

 

 

haziq2

   

PROGRAM SIHAT MENDAKI BUKIT BESAR

Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Malaysia Terengganu (KESKET) telah mengadakan Program Sihat Mendaki Bukit Besar pada 3 Disember 2017. Program tersebut yang mendapat kebenaran khas daripada Timbalan Pengarah  dimulakan seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi. Dengan slogan “Melangkah sederap kaki, Tingkatkan denyutan nadi”, ianya bertujuan memberi kesedaran di kalangan warga JMG Terengganu betapa pentingnya aktiviti senaman untuk menjalani kehidupan yang sihat.

IMG-20171203-WA0061

IMG-20171203-WA0032

IMG-20171203-WA0022