JEMPUTAN PENCERAMAH BAGI KURSUS PENGKUARIAN, KAEDAH-KAEDAH KUARI TERENGGANU 2007

JEMPUTAN PENCERAMAH BAGI KURSUS PENGKUARIAN, KAEDAH-KAEDAH KUARI TERENGGANU 2007

Kuala Terengganu, 17 April 2018(Selasa) – Pihak Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Terengganu (PTG) telah menganjurkan bengkel bertempat di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu. Tajuk bengkel ialah kaedah-kaedah Kuari Terengganu 2007. Dia orang penceramah dari JMG Terengganu telah dijemput iaitu En. Azihan B Mat Arshad(KULK) dan En. Razaidi Shah Bin A.Kadir(KUPM). Dengan adanya bengkel ini diharapkan pemahaman pihak PTG mengenai asas pembentukkan batuan dan mineral serta kaedah-kaedah kuari dapat difahami dan di praktikkan.

Blog 49

 

Blog 50

TAKLIMAT PIAWAI DAN KRITERIA KEBANGSAAN KUALITI AIR TASIK DAN SISTEM PENGKALAN DATA TASIK KEBANGSAAN (MYLAKE)

TAKLIMAT PIAWAI DAN KRITERIA KEBANGSAAN KUALITI AIR TASIK DAN SISTEM PENGKALAN DATA TASIK KEBANGSAAN (MYLAKE)

Kuala Terengganu, 17 April 2018(Selasa) – Institut Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah mengadakan taklimat bertajuk National Lake Water Quality Criteria and Standards (NLWQS) dan Pengkalan Data Tasik Kebangsaan (MYLAKE) bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Wakil dari JMG Terengganu dihadir oleh En. Norzuhairil Zubir(PGS-SAT) dan En. Sayuti(PPGS). Institut Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) membangunkan MYLAKE sebagai platform menyimpan data tasik secara berpusat bagi meningkatkan kecekapan pengurusan tasik di seluruh negara. Taklimat ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa Majlis Sumber Air Negara (MSAN) ke 12 bersetuju mengunapakai NLWQS dan MYLAKE untuk pemilik dan pengurus tasik dan takungan air (semulajadi atau buatan) bagi meningkatkan jaminan kualiti air tasik untuk semua sektor pengguna.

Blog 48

LAWATAN KERJA DAN MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT, MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU.

LAWATAN KERJA DAN MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT, MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU.

Kuala Berang, 11 April 2018(Rabu) – Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat(OSC) yang diadakan di Berjaya waterfront Hotel, Johor Bharu telah dihadiri oleh En. Khairul Anuar Bin Zakaria. Selain diadakan mesyuarat, satu lawatan kerja juga telah diatur iaitu ke Forest City dan Majlis bandaraya Iskandar Puteri. Lawatan diadakan bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan dan perkongsian antara agensi-agensi jabatan negeri dan persekutuan.

 

blog 46

 

blog 44

LAWATAN KERJA YANG AMAT BERHORMAT TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

LAWATAN KERJA YANG AMAT BERHORMAT TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Kuala Berang, 12 April 2018(Khamis) – Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi telah datang ke Terengganu bagi mengadakan lawatan kerja ke Daerah Hulu Terengganu. Beliau sampai di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, Terengganu pada jam 1.30 petang dan meneruskan program beliau di Dataran Hadapan Pasar Besar Kuala Berang, Hulu Terengganu pada Jam 2.00 petang. Beliau berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada Jam 5.30 petang.

TAPAK PROJEK PENGERUDIAN PROJEK AIR TANAH PULAU LANG TENGAH

TAPAK PROJEK PENGERUDIAN PROJEK AIR TANAH PULAU LANG TENGAH

Marang, 5 Mac 2018(Khamis) – Satu lawatan kerja Tuan Pengarah ke Pulau Lang tengah iaitu tapak pengerudian projek pembinaan telaga tiub air tanah dalam batuan keras di Pulau Lang Tengah, di bawah dana RETF-ECER. Projek ini merupakan projek outsource dan kerja-kerja pengerudian telah bermula sejak 4 Mac 2018. Turut sama Pegawai Geosains, En. Norzuhairil b Zubir. Objektif projek ini adalah untuk menyelesaikan masalah air di kawasan ini.