KOTA KINABALU, SABAH ~ 20hb Disember 2017 (Rabu), beberapa orang kakitangan JMG Sabah telah menghadiri Forum Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Auditorium JKKN Sabah, Jalan Penampang.
Forum ini merupakan anjuran CUEPACS Sabah. Forum ini berlangsung selama 1 hari ini bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah. JMG Sabah menghantar seramai 5 orang wakil JMG Sabah. Antara mereka yang hadir adalah En. Kennedy bin Mohd. Imran, En. Goh Khean Seong, En. Awang Besar bin Hj. Kula, En. Suhaimie Suman dan En. Mohd. Azrol bin Mohd. Hanaffi.
Antara wajah-wajah mereka yang hadir ke Forum Transformasi Nasional TN50