KOTA KINABALU, SABAH ~ Satu kursus anjuran akauntan negara berkaitan dengan sistem baru e-perolehan. Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan baru berkaitan sistem baru kepada pegawai-pegawai kerajaan yang menggunakan sistem e-perolehan. Kursus ini bertajuk Kursus Kontrak (CT) e-Perolehan Bahan.
Kursus ini berlangsung pada hari ini di Makmal Komputer, Kolej Teknikal Yayasan Sabah, Campus 88, Market Places 888 Kota Kinabalu. Kursus ini dihadiri oleh dua orang pegawai JMG Sabah. antara mereka yang hadir ialah En. Jeffery Paping (Penolong Pegawai Tadbir N32) dan Pn. Vianni Vincent (Pembantu Tadbir Kewangan).