KOTA KINABALU, SABAH : 21hb Disember 2017 merupakan perhimpunan bulanan bagi bulan Disember 2017, perhimpunan ini merupakan perhimpunan terakhir bagi kakitangan JMG Sabah bagi tahun 2017.
Dalam perhimpunan kali ini seperti biasa Pengarah JMG Sabah akan menyampaikan amanat-amanat beliau. Pengarah JMG Sabah juga berharap pada tahun akan datang lebih ramai lagi kakitangan yang dapat menghadirkan diri pada majlis perhimpunan bulanan JMG. Pengarah juga berasa bertuah kerana walaupun sudah ramai kakitangan yang bercuti hujung tahun, namun kehadiran pada majlis perhimpunan bulanan kali ini amat memberansangkan.