KOTA KINABALU, SABAH : 21hb Disember 2017 Khamis, satu majlis ringkas telah diadakan di Dewan Nephrite JMG Sabah. Majlis perpisahan bagi dua orang pegawai ini tutur dihadiri oleh tuan Pengarah JMG Sabah sendiri.
Majlis yang agak ringkas ini begitu meriah dengan kehadiran dan gelak tawa semua kakitangan yang hadir. Dalam majlis perpishan ini juga ada di antara para kakitangan membuat ucapan ringkas perpisahan. Majlis perpisahan ini sempena meraihkan En. Jontih Enggihon yang akan berpindah ke JMG Selangor dan menjawat jawatan sebagai Pengarah JMG Selangor. Beliau kini di JMG Sabah merupakan Timbalan Pengarah JMG Sabah, manakala pegawai kedua yang diraihkan ialah En. Alvyn Clancey Mickey yang kini bertugas di JMG Sabah sebagai pegawai geosains kanan gred C44 dan akan bertukar ke Ibupejabat JMG di Putrajaya.
Walaupun agak berat bagi kedua-dua mereka ini meninggalkan JMG Sabah, namun demi menyahut cabaran masa akan datang dan kelebihan yang ada pada mereka diperlukan ditempat baru, mereka redha dan akur atas arahan yang diberikan. Semoga kedua-dua mereka ini terus cemerlang dan memberikan perkhidmatan yang terbaik di tempat baru kelak. Semoga kedua-dua mereka ini terus maju jaya.
Acara santapan
Gambar kenangan bersama kakitangan sokongan 1
Gambar kenangan bersama kakitangan sokongan 1
Gambar kenangan bersama kakitangan P&P
Gambar kenangan bersama kakitangan Unit Pengurusan Maklumat
Gambar kenangan bersama kakitangan Unit Pentadbiran & Kewangan dan Unit Lombong & Kuari
Gambar Kenangan bersama kakitangan Unit Perkhidmatan Makmal
Gambar kenangan bersama Unit Geosains
Gambar kenangan bersama Unit Sumber Mineral
Gambar kenangan bersama pengurusan tertinggi JMG Sabah
Gambar acara memotong kek (Kek ditaja oleh En. Mazuan)
Gambar para pegawai menerima kek secara surprise
Slide En. Jontih Enggihon
Slide En. Alvyn Clancey Mickey
Presiden KEMG JMG Sabah mengumukan ada sedikit cenderakenangan buat semua yang hadir
En. Paulius Godwin selaku santa yang akan mengedarkan cenderakenangan
Tuan Pengarah JMG Sabah memberikan ucapan perpisahan buat dua orang pegawai beliau
En. Jaineh Linggi selaku Presiden KEMG Sabah memberikan kata sepatah dua
En. Alvyn memberikan ucapan kata-kata terakhir beliau
En. Jontih Enggihon memberikan ucapan kata-kata terakhir beliau