LAWATAN MUHIBAH AHLI-AHLI BADAN KEBAJIKAN ISLAM (BKKI), JMG SARAWAK KE MADRASAH DARUL ULOOM, KOTA SEMARAHAN.

 

 

Seramai 21 orang ahli BKKI yang diketuai oleh Tuan Haji Che Abdul Rahman bin Jaafar, Timbalan Pengerusi BKKI telah membuat lawatan muhibah ke Madrasah Darul Uloom, Kota Samarahan pada 14 Mei 2013.

Tujuan lawatan ini adalah untuk pendedahan ahli BKKI terhadap kaedah pembelajaran dan kehidupan harian di Madrasah Darul Uloom ini disamping mengeratkan tali persaudaran dengan penghuni dan pihak pengurusan madrasah tersebut. Ia juga mempromosi JMG kepada pihak luar.

Madrasah Darul Uloom terletak di Kampung Baru, Kota Semaraharan dan kira-kira 20 km dari Bandaraya Kuching. Madarasah ini dibangun dan ditadbir oleh pihak persendirian. Seramai 14 orang pelajar sepenuh masa yang mengikuti pengajian Tahfiz Al-quran. Pelajar-pelajar ini berasal dari beberapa daerah Negeri Sarawak.

Written by : Marina M