MAJLIS BERBUKA PUASA PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN

MAJLIS BERBUKA PUASA PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN

KOTA KINABALU, SABAH (14 JUN 2017) : RABU, Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah menganjurkan majlis berbuka puasa buat semua penjawat awam dibawah persekutuan pada hari ini. Majlis ini diadakan di Pejabat Setiausaha Persekutuan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Mini Putrajaya Kota Kinabalu.

Seperti tahun yang sudah JMG Sabah akan menghantar beberapa orang kakitangan sebagai wakil JMG Sabah dalam majlis tersebut. Antara mereka yang hadir pada majlis ini adalah En. Khairun Nasir, Moktar, En. Kennedy bin Mohd. Imran dan En. Awang Besar bin Hj. Kula. Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih 19 Ramadhan 1438H ini dihadiri oleh kakitangan penjawat awam daripada pelbagai jabatan persekutuan di negeri Sabah. Majlis ini bertujuan bagi mengeratkan lagi silaturrahim sesama keluarga sebagai penjawat awam yang bertugas di negeri Sabah.

Written by : Suriani Ramlee