PROGRAM SEKAMPIT BERAS DAN LAWATAN AMAL BKKI JMG SABAH

PROGRAM SEKAMPIT BERAS DAN LAWATAN AMAL BKKI JMG SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (14 JUN 2017) : RABU, Badan Kebajikan Kakitangan Islam JMG Sabah telah membuat program sekampit beras buat semua warga JMG Sabah tidak kira agama dan kaum yang ingin menderma sekampit beras. Program ini dilaksanakan setiap tahun oleh jawatankuasa BKKI JMG Sabah pada bulan Ramdhan.

Tahun ini merupakan tahun terbanyak BKKI mengumpul beras sebanyak lebih kurang 81 kampit beras, dan beras ini diagihkan kepada pengawal keselamatan, pembersihan dan ke 2 buah rumah anak-anak yatim. Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar atas izinNYA.

BKKI JMG Sabah tahun ini memilih untuk membuat lawatan ke rumah anak yatim Tuaran dan Tambunan. Dua kumpulan dibahagikan, satu kumpulan menghantar sumbangan tersebut ke Daerah Tuaran Rumah Anak-anak Yatim dan manakala satu kumpulan lagi ke Daerah Tambunan Rumah Anak-anak Yatim.

Wakil BKK ke Tuaran adalah Tn. Hj. Abdul Kadir bin Ahmad (Pengerusi BKKI), Tn. Hj. Kamil bin Kamarudin, En. Mahadi bin Santa dan En. Mujahid bin Supilin. Manakala wakil ke Tambunan adalah En. Mohd. Shafreen bin Mad Isa, En. Ramlee bin Kalaham, Pn. Suriani binti Ramlee, Pn. Mulia binti Pog dan Cik Shahirah binti Abdul Rahman (Pelajar Latihan Industri Kimia). Rombongan ke Tambunan juga mengambil peluang untuk melawat isteri salah seorang pegawai JMG Sabah yang sedang sakit di Hospital Tambunan.

kampit beras dan amal0

Rombongan Lawatan Amal ke Daerah Tambunan

kampit beras dan amal1

Penyerahan beras kepada pengawal keselamatan JMG Sabah

kampit beras dan amal2

Rombongan lawatan amal ke Tuaran

kampit beras dan amal3

 

Written by : Suriani Ramlee