KOTA KINABALU, SABAH (11 MEI 2017) : KHAMIS, Pejabat SUP Sabah telah menjemput semua kakitangan penjawat awam yang bertugas di negeri Sabah untuk hadir dalam majlis perhimpunan penjawat awam 2017.
JMG Sabah juga tidak ketinggalan telah menghantar wakilnya. Mereka yang terlibat pada majlis perhimpunan ini terdiri daripada kakitangan Unit Pengurusan Maklumat JMG Sabah. Antara mereka ialah En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee selaku Ketua Unit, Pn. Normi Adok, Pn. Suriani binti Ramlee, Pn. Margaret Stephen Mozimin, Pn. Besty Jenna Adim, Pn. Shuryanteh binti Mohd Yassin, En. Peter Suking, En. Ebahrim bin Bedin dan En. Abdul Arif bin Tahar.