Majlis Perasmian Telaga Tiub Kg. Tangkol, Kota Marudu, Sabah

Majlis Perasmian Telaga Tiub Kg. Tangkol, Kota Marudu, Sabah

KOTA MARUDU, SABAH (20 Mac 2018) : Selasa, 8.00 pagi. 


Majlis Perasmian Telaga Tiub Kg. Tangkol yang dianjurkan oleh JMG Sabah dan dengan usahasama Pejabat Daerah Kota Marudu telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Lasiah @ Anita Baranting Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna Sabah merangkap ADUN N.5 Tandek. Majlis yang turut dihadiri kiri-kira 500 orang penduduk kampung juga disertai oleh Penolong Pegawai Daerah, Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan/Negeri dan Badan-badan berkanun.

Majlis yang bermula seawal 8.00 pagi dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan Air Tanah telah disampaikan oleh Encik Jaineh Lingi (Pegawai Geosains C44-Ketua Aktiviti Hidrogeologi). Taklimat seterusnya berkaitan Kesedaran Awam Bencana Geologi disampaikan oleh En. Bailon Golutin (Pegawai Geosains, C44) dan akhir sekali taklimat Warisan Geologi, disampaikan oleh En. Farid bin Zainuddin ( Pegawai Geosains C44, Ketua Aktiviti Geowarisan) Taklimat turut diselitkan dengan sesi dialog/soaljawab antara penduduk kampung dan Pegawai-pegawai JMG Sabah. Taklimat ini juga turut disertai oleh Pengarah JMG Sabah.

10.30 pagi, Majlis diteruskan dengan persembahan kebudayaan iaitu tarian suku kaum Dusun Tindal sebagai menyambut ketibaan Yang Berhormat Datuk Lasiah @ Anita Baranting. Majlis disusuli dengan lagu kebangsaan, bacaan doa oleh En. Jolouis bin Supilin (Pem. Geosains C22). Seterusnya ucapan Pengarah JMG Sabah, En. Mohd Yusop bin Ramli. Acara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Yang Berhormat Datuk Lasiah @ Anita Baranting.

Majlis disusuli dengan acara kemuncak, iaitu acara memotong riben dan menandatangani Plak Perasmian Telaga Tiub dengan diiringi oleh tuan Pengarah JMG Sabah dan dif-dif jemputan. Seusai menandatangani plak perasmian, Yang Berhormat telah diberikan taklimat ringkas oleh En. Jaineh Lingi, Pegawai Geosains C44/Ketua Aktiviti Hidrogeologi. En. Jaineh seterusnya mempelawa YB Datuk mengunjungi Mini Pameran JMG Sabah. Acara diakhiri dengan penyampaian cenderamata yang disampaikan oleh Pengarah JMG Sabah kepada Y.B Menteri.

Majlis selesai pada jam 12.30 tengahari.

https://youtu.be/iQhUwNxIDjw

{youtube}https://youtu.be/iQhUwNxIDjw{/youtube}

Written by : ARIF