KUCHING, SARAWAK (14 MAC 2018) : RABU, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) sedang mengadakan satu mesyuarat Editor Jabatan Bagi Penerbitan Laporan Tahunan JMG 2017 di Merdeka Palace Hotel, Kuching, Sarawak selama 3 hari bermula dari 11hb Mac hingga 15hb Mac 2018.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Ismail bin Hanuar dan turut hadir sama, Pn. Brendawati binti Ismail selaku Ketua Editor. Seramai 21 orang editor seluruh JMG Malaysia menghadiri mesyuarat ini. Pn. Jayawati Fanillah Sahih bin Montoi turut hadir dalam mesyuarat ini mewakili JMG Sabah.
Tujuan mesyuarat ini bagi membincangkan berkaitan bahan yang perlu dimuatkan dalam laporan tahunan 2017 kelak.
Sumber maklumat dan foto : Pn. Jayawati