PEMERIKSAAN TAPAK OPERASI KUARI UNTUK KELULUSAN EIA BAGI DOMINANT PROSPECT SDN. BHD., PULAU BANGGI, SABAH

PEMERIKSAAN TAPAK OPERASI KUARI UNTUK KELULUSAN EIA BAGI DOMINANT PROSPECT SDN. BHD., PULAU BANGGI, SABAH

KUDAT, SABAH (13 MAC 2018) : SELASA, Pemeriksaan tapak untuk operasi kuari oleh Dominant Prospect Sdn. Bhd. telah dijalankan pada 13 Mac 2018 (Selasa) oleh pegawai-pegawai dari Unit Perkhidmatan Lombong & Kuari, JMG Sabah. Pemeriksaan ini adalah untuk ulasan Quarry Scheme Report on Proposed Aggregate Quarry on Part of PL 056290370 at Banggi Island, Kudat District, Sabah yang telah disediakan dan kemukakan oleh Jurutera Perunding.

Pegawai-pegawai yang menjalanakan pemeriksaan tapak adalah Tn. Hj. Nurul Huda bin Romli, Ketua Unit Lombong & Kuari dan En. Arthur bin Leo, Pembantu Geosains Kanan LK. Wakil daripada pemohon, Dominant Prospect Sdn. Bhd. terdiri daripada En. Mohd Jeffery Liew Abdullah, Pengurus Operasi dan Encil Harry Tham, Penyelia Tapak.

Adalah diharapkan pembangunan Pulau Banggi dapat dipertingkatkan lagi pada masa hadapan dengan wujudnya operasi kuari ini nanti. Selain dari peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, kemudahan infrastruktur seperti kemudahan jaringan jalan raya juga dapat ditingkatkan lagi pada masa hadapan.

Sumber penulisan : Tn. Hj. Nurul Huda bin Romli

banggi1

Perbincangan dengan Encik Mohd Jeffery Liew Abdullah, Pengurus Operasi dan Encil Harry Tham, Penyelia Tapak semasa di tapak tentang pelaksanaan operasi kuari yang akan dijalankan nanti

banggi2

Gambar menunjukkan lokasi tapak kuari yang dicadangkan. Lokasi tapak kuari adalah arah Utara dari Bukit Sinumbong, Pulau Banggi.

banggi depan

Penyelia tapak Encik Harry Tham sedang menunjukkan tanda sempadan kawasan di atas pelan yang telag disediakan

banggi3

Batu sempadan yang telah ditanam di lokasi tapak kuari. Sempadan tapak kuari telah diukur dan ditandakan dengan batu sempadan.

Written by : Suriani Ramlee