KOTA KINABALU, SABAH (12 MAC 2018) : ISNIN, satu mesyuarat berkaitan pelaporan kajiselidik kejadian gempa bumi pada 08 Mac 2018 baru-baru ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Magnetite, Tingkat 3, Blok Jesselton, JMG Sabah.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah JMG Sabah sendiri iaitu En. Mohd Yusop bin Ramli. Dijemput hadir sama dalam mesyuarat ini juga adalah Tuan Pengarah JUPEM Sabah, Tn. Hj. Anual bin Aziz dan En. Saiful Nizam (Juruukur JUPEM). Antara pegawai-pegawai JMG Sabah yang terlibat sama dalam mesyuarat ini ialah Tn. Hj. Abdul Kadir bin Ahmad (Timbalan Pengarah), En. Paulius Godwin (Ketua Unit Geosains), Tn. Hj. Nurul Huda bin Romli (Ketua Unit Lombong dan Kuari), En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee (Ketua Unit Pengurusan Maklumat), Pn. Jenneth Cyril ( Ketua Sub Unit GeoKhidmat), En. Jaineh Lingi (Ketua Aktiviti Hidrogeologi), En. Bailon Golutin (Ketua Aktiviti Geologi Kejuruteraan), En. Daulip Lakkui (Ketua Aktiviti Mineral Tenaga), En. Morius Bantas (Ketua Aktiviti Makmal Eksplorasi Geokimia), En. Farid bin Zainudin (Pegawai Geosains GeoWarisan), En. Goh Khean Seong (Ketua Aktiviti Geofizik) dan En. Mohd. Shafreen bin Mad Isa (Pegawai Geosains Lombong dan Kuari).
Sumber maklumat dan foto : En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee